Pages

Tuesday, November 30, 2010

Munga

Sejak balik dari Fraser Hill,
hidup saya 'munga-munga'.


Harini munga-munga lagi...
Harini bilik boss ada banyak munga.
Munga utk Pak Menteri yg akan datang melawat petang nanti.
Boss kata " u nak munga? ambik la sikit!


hehehe...
Baiklah en. Boss,
saya yg menurut perintah...


ok, sekian update utk hari ini..
Babai, nak masuk kelas!
Stargazer Lily - is known to be toxic to cats! 

Thursday, November 25, 2010

Romantika di Kuala Lumpur - Bodoh



Ya Allah, jauhkan lah tingkah laku ini dari aku dan keturunan ku...

Hari Tandas Sedunia

Ada Hari Tandas Sedunia rupanya. Serius tak tau.
Hari Tandas Sedunia dilancarkan oleh Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan.
Lepas pelancaran terus ada seminar.
Macam yg lepas2, seminar bersama kementerian adalah best!
Sebab ada banyak makanan! hahaha!


Masa seminar, sorang encik speaker cerita pengalaman dia handle kes Leptospirosis di Lubuk Yu, Maran Pahang (Lubuk Yu adalah kawasan air terjun).
Mula2 ada orang lemas di Lubuk Yu.
Lepas tu, 9 orang penyelamat meninggal dunia akibat daripada bakteria Leptospirosis.
Tapi, kesemua 9 orang yg meninggal mengalami mimpi yg sama pada malam sebelum diorang meninggal (ada wartawan interview keluarga si mati).
En. Speaker tak bgtau plak apa mimpi si mati sebab takut seminar Kesihatan Persekitaran akan bertukar kepada Seminar Mistik.
Adakah bakteria Leptospirosis itu boleh masuk dalam mimpi orang dan jadi bakteria Mistik? Bakteria baru kah?


Persembahan Koir lagu Bumi

Encik Flush Tandas
KL view from Legend Hotel

Fraser Hill

Unplanned Short Vacation (again...)
This was some sort of running away from KL..
Sometimes KL sucks kan!
Fraser Hill is 90km from KL.
But its just 80km from our house (tak boleh semayang Jama')
Batu Caves - Ulu Yam - Batang Kali - Kuala Kubu Bharu - Fraser Hill.
Tapi kalau nak guna Plus Highway pun boleh jugak kot!
The view, the air, flowers and cottages was superb, the food was ok and Fraser Hill overall = was totally magnificent!

Road To Perdition Fraser Hill
Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu
Map
Cottage
The Boy & Flowers
Lavender Flowers 
Flowers again
Starting to run
Contended
The father and his boy
The father, the boy, the clock and full moon
Us, contended
Flowers
Gateway
Jalan Lady Gaga
The sign

Wednesday, November 24, 2010

Focus and December

I need to focus,
sekarang dah December.
Mengikut target, draft wajib dihantar end of December.
Journals, research title, satu apah pun tak dak!
This is the real emptiness in life.
This is the real defocussing in life.
Work is going to be hectic starting December.
Degree programme is going to start soon, meaning classes on Saturday and Sunday.
Lecture note is still inside the book...
Damn, I cursed again.
Need to find time to go to the lab, library, MidValley, KLCC, Alpha Angle ehh, melalut plak!
hehehe... 
This is Doomed...

Sunday, November 14, 2010

Alter Ego, Journal & Research

Saya nak buat confession...

Sebenarnye blog ni adalah my alter ego.

Saya wajib cari journal and topic for medical based research..

Tapi,

saya tolak tepi semua benda tu.

Hari2 saya main Facebook, Twitter & Blog...

Lepas tu bila orang tanya, "apa tajuk research?"

"Bila nak sambung?" sambung ape? sambung tali ke?


Saya jawab "takde tajuk! tak tau nak buat pasal apa...

Tapi yg sebenarnye saya tak cari, saya buat tak tau. Gile lah!


Yg saya tau, saya minat dgn Kuman bukan Kuman Kumin artis ye.


Ape saje kuman, semua saya suka esp. yg jenis2 bawak penyakit kat manusia, kucing, lembu dan seangkatan dengannya.

Korang ada idea nak suruh saya buat apa tak?

Friday, November 12, 2010

Sambal Tumis

Semalam saya marah BiBik...
Pastu menyesal lepas tengok mata BiBik bengkak sebab nangis...
Kesian BiBik...
Kesalahan BiBik bukan besar pun.  Tapi ntahla, saya jadi naik angin bukan naik hantu semalam.
Semua ni kes sambal tumis.
BiBik masak sambal tumis tak tunggu saya, dia cepat2 masak, masukkan asam, gula & ikan...
Saya paling geram kalau BiBik buat kerja cepat2. Kenapa nak cepat2? Nak tengok tv eh?
Ok, saya tau BiBik penat, letih, tapi tunggu la kejap.  Tunggu saya buat sambal tu...
Lepas marah, saya diam.  BiBik diam.  BiBik masuk bilik awal, tak tengok tv pun.
Damn! rase bersalah gila..
En. Hubby kata, jangan selalu2 marah BiBik pasal benda remeh (ye, saya mengaku saya salah).
Nanti BiBik balik, susah.  Takde sape nak jaga Afif.  Nanti awak dah tak boleh berehat sebab kena bersilat kat dapur, ruang tamu, toilet & bilik.  
Pagi tadi saya cakap kat BiBik "Bik, harini goreng tempe & buat sambal ikan ye. Sambal semalam sedap!"
En. Hubby pun cakap "Bik, sedap la sambal ikan semalam"
BiBik senyum, saya harap BiBik tak merajuk & kecik hati dah...
Sorry Bik! Lepas ni ai janji tak nak marah2 yu dah...


Gambar recycle BiBik

Thursday, November 11, 2010

Gediksss & Itchy

Semalam pergi makan ikan & sotong bakar kat belakang istana negara.

Mungkin disebabkan level gedik & itchiness (kesan allergy pada tubuh setelah consume ikan bakar on continuous dosage) adalah agak tinggi maka, pergi ambik gambar kat depan Istana Negara.

Yg sebenarnye bukan sebab gedik & itchy, tapi sebab tak pernah pun pergi Istana Negara ambik gambar & tgk dari dekat.

Selain tu feel nak jadi Mr. Bean kacau en. askar patung yg berdiri kat depan Buckingham Palace.

Masa tengah ambik gambar, en. askar patung siap boleh tanya "ni dari mana ni?"

Ehhhh, masa jadi askar patung mana boleh cakap!

Kuda patung pun sempat berak nyahtinja masa kerja...Hishhh, tak senonoh!

Kuda sedang melakukan aktiviti penyahtinjaan.
En. Askar Patung & Kipas angin

Perasan Mr. Bean

Kawasan depan Istana Negara
Somehow, I luv this picture.
Jata Negara ye, bukan tata negara.


Terima Kasih Makcik Gopal!

Saya selalu makan kat sini.
Breakfast & lunch.
Sedap & murah adalah satu kombinasi yg perfect.

Kawan2 opis panggil Makcik Gopal sbb yg jual air kat situ namanya Pakcik Gopal.
Tapi, Pakcik Gopal dah meninggal 2 thn lepas.

Kombinasi nasik putih + kari ikan (ikan bahagian ekor @ mana2 bahagian, tak kesah) + sambal belacan = RM4.50
Kombinasi 2 nasik putih + kepala ikan jenahak (besar gileee) + sambal belacan + telur ikan + sayur = RM12.00
Murah gileee!

Orang dari Universiti tuuuttt & Universiti tettttt suka makan kat sini.

Terima kasih Makcik Gopal sbb dah almost 3 years awak feed saya...

Jom la makan kat sini, tapi korang belanja diri sendiri la ye! hehehe...
Saya malu2 ambik gambar kedai Makcik Gopal.
Antara lauk-pauk
Bahagian ekor ikan yg besar.
Both Makcik Gopal

Tuesday, November 9, 2010

'Setim Bot'

Haritu pergi makan stim bot.
Kononnye nak ubah selera.
Nak kurus, kena makan yg rebus2 dan bakar2 je...

Tapi....
Gua memang ada masalah dgn Chinese food.
Tekak & anak tekak gua tak berapa nak 'setim' dgn Stim Bot.
Orang kedai tu, serve nasik goreng cina sekali..
Haiiyyyyyaaaa, lu tadak nasik jenis lain kah?

Tapi...
Bila en. Hubby tanya "Sedap tak?"
Dia jawab sendiri "Sedap kan!"
Gua jawab tapi pelan "emmm, sedap!"
Hehehehe...
Muka gua yg tak berapa nak 'setim' tengok Stim Bot.
Gua yg tengah cuba bersungguh2 mencari di manakah keenakan stim bot tu...

Nak pi beli bawang je...

                                                                                Gua nak ni...

Gua nak pi beli bawang, belacan, halia, tempoyak, bawang putih je...

Gua malas nak reverse2 & cari parking kereta.

Tak payah nak high powered punya.
Bukan nak race pun...

Tapi, en. Hubby nak ni...

Boleh ke gua naik ni pi beli bawang?

Pandai ke gua balance minyak dgn clutch?

Larat ke gua angkat kalau dia jatuh? 
Nanti gua tergolek sekali plak!

Yg pastinya, gua mane ade B full...

Gua rase kena pergi kedai moto tu sorang2 la... Lebih senang...


Saturday, November 6, 2010

Afif first beach experience

Tajuk adalah full speaking London, tapi post adalah malas nak speaking London...
Dah lama tak bercuti.  En. Hubby asyik keje je. Tak cuti.
So, plan brief vacation.
Tak perlu overnight, boleh balik hari & dekat.
Laut yg paling dekat dgn KL adalah....PD!
So, to PD we went!
(yang pastinya semua orang dapat lepaskan gian mandi laut including BiBik!)

Keterujaan Afif
 

3 beranak
Afif lari sana sini (bukan lari, merangkak!)
Afif dalam lubang

Mari Menari LAGI!

Sekarang pukul 7 malam hari Sabtu.

Bibik gua dah start buat2 tanya "malam ni cerita apaaa!" "Hari ni hari Sabtu ghening?" (gua pun tak tau 'ghening' tu ape)

Gua jawab "ntah! tak tau malam ni cerita apa"

Bila la Mari Menari ni nak habis...

Haihhhh....

Bibik dah ready kat depan tv before Maghrib! (Please ignore hall gua yg takde furniture itu)

Tuesday, November 2, 2010

Bunuh Diri Senyap Senyap

Dulu
Sekarang
Yg ni tak habis lagi...
Jangan makan ni...

Kandungan Plumbum (Pb) adalah melebihi yg dibenarkan oleh USFDA.

Bahaya!

Tapi, kalau nak bunuh diri secara perlahan, boleh lah!

I tak kisah...





 

Sampah

Pagi tadi saya round keliling campus (nasib baik campus kecik, kalo besar, mesti saya kurus!)
Saya round sbb saya tengok sampah merata-rata keliling campus (saya bukan Guru Besar yg round kawasan sekolah).
Saya round, pastu snap snap gambar.
Pastu buat jelingan maut kat student2...
Saya tak tau apa sbb banyak sgt sampah..
Adakah sbb takde tong sampah / memang student2 kat sini tak paham bahasa & tak bertanggungjawab?
Serius, saya tak paham...

Sampah
Kalo korang nampak, yg kecik2 tu adalah kulit kacang tanah
Kotak kosong yg ditinggalkan camtu je...
Bekas makanan & plakstik coklat
Related Posts with Thumbnails