Pages

Thursday, December 30, 2010

Kemalangan di hujung 2010

Haihhhhhhhh...
ni lah namanya takde keje, cari keje...
Takde pasal, nak cari pasal...


Semalam, lepas balik keje saya betul2 nak cepat sebab dah penat...
Saya nak cepat sampai rumah.
Nak cepat rehat2 tgk tv, tapi malang tak berbau berbau sebenarnya, saya yg cari pasal!


Saya menyelit-nyelit dan potong queue masa kat traffic light.
Kalau hari lain, saya menyelit dan potong queue antara kereta, tapi semalam saya nak potong queue di depan lori yg bapak besar. 


Bermodalkan saya seorang perempuan melayu terakhir, saya siap angkat tangan kat driver lori tu, konon nak ucap thank you sebab bagi saya selit depan dia, tapi...


uuuwwwwwwwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!


Lori yg bapak besar, terus geselkan body dia ke kereta saya yg kecik molek tu...


Terkezut gila, turun kereta dan tanya dia mcm mana, dia dengan angkuhnya kata
"awak dari mana?" "awak dtg dari kiri saya, awak potong queue, kalau awak nak report, report la saya tak kisah, sebab saya yakin saya tak salah!"


Saya kata 
"saya tau saya salah (korang jangan tiru ayat ni kalau accident, tak boleh mengaku salah!), tapi abang (cewwaahh, abang!) macam sengaja langgar saya! Mula2 abang macam bagi jalan, lepas tu terus abang langgar saya!"


Driver tu dah nak blah, tapi saya suruh dia tunggu sampai mak saya sampai...


Setelah berbla bla bla bla bla dengan mak saya saya diam je dah trauma, maka akhirnya driver lori tu nak bayar saya RM100. Takpelah, Alhamdulillah takde apa2 dan driver lori tu pun baik hati nak bayar jugak kat saya... 
Mak saya mempunyai bakat negotiate yg sgt hebat! 
Terima kasih mak!


Kemek dan sedih!
Kawasan pergeselan yg langsung tak mengkemekkan lori...
Alamat lori
Lori kontena yg bapak besar!





Makan2 Lagi (Entry Terlambat)

Last Friday pergi lunch dgn HRA kat Midvalley.
Currently, Midvalley adalah 'my second office'.
Sempena hujung tahun camni, orang-orang yg dah habis cuti tahun (macam saya) akan pergi
berjimba ria ke Midvalley during office hours...


Kitorang tak tau nak makan kat mana kali ni since Midvalley was packed with shoppers.
Tempat paling agak 'cool' dan vacant seat adalah Pizza Hut.
Pizza Hut pun oklah as long as boleh bergossip & bersuka ria...


Saya dan HRA yg comel. Suke la dating dgn ko...
Gambar sendiri wajib ada...
Garlic bread yg keras, baling kat kepala kawan, kawan buleh pengsan...
Salad (Coleslaw yg kering, tak byk mayonnaise, tak sedap!)
Ini Spaghetti Spicy Arabiata yg tak berapa nak spicy. 
Ini adalah Fettucini Creamy Carbonara. Tak tau sedap ke tak sebab tak makan.

PS: semua gambar diambil dari blog HRA...

Thursday, December 23, 2010

Makan Boss

Tajuk adalah makan Boss.
Tapi sebenarnya gua tak makan Boss gua dan Boss gua pun takkan makan gua.
Ofis gua buat surprise makan2 sempena birthday Boss gua yg ke berapa pun gua tak tau.

Gua sebenarnya adalah agak tak suka dengan makanan yg sedap2 camni.
Sebab utama adalah bila gua dah start makan, gua akan makan makan dan makan lagi.
Lepas tu yg menanggung akibatnye adalah diri gua sendiri. 
Badan gua dah tak dapat nak menampung lemak tepu yg berlebihan dah!

Takde pe nak tulis. Hanya ada gambar makanan yg sedap2 je...
Enjoy the picture.

Siakap Stim
Tepung Goreng Udang sbb udang adalah cetoet saja saiznya...
Makanan yg boleh menjana lemak tepu kat badan gua.
Meja panjang
Kami
Birthday Boy!
Kami yang Bokkk!
Kami & birthday boy

Pelik Tetapi Benar

Pelik-pelik...!
Memang pelik.
Kadang-kadang gua pelik dgn budak2...
Ape yg diorang rasa sebenarnya?
Failed paper berlambak2, lepas tu buat tak tau.
Buat tak kisah.
Buat2 macam seorang yg hebat.
Buat2 macam anak syaitan sultan.
Happy keluar berdating, pegi clubbing, pegi meroyan ntah mana2...


Gua akui, korang nak enjoy zaman muda korang.  Korang nak happy2, korang nak sexy2, korang nak rasa semua benda...
Tapi gua pun pernah muda dulu.
Gua pun suka suki beronggeng berjalan sana sini.
Tapi bila time belajar, gua belajar, gua ingat mak bapak gua.
Korang tak ingat mak bapak korang ke?
Ke mak bapak korang tak tau aktiviti korang kat sini?
Nak gua bgtau mak bapak korang ke?

Wednesday, December 22, 2010

Online Shopping

Semalam Shyningstarry tunjuk kat saya satu blog yg jual bracelet & bookmark.
Mula2 malas nak amik pot dgn online shopping ni, tapi bila tgk charm bracelets & bookmark yg sgt comel
saya terus suka & beli satu sempena kembali semula dgn hobi membaca ni.

Tukang kedai tu sgt pandai match kan charms yg ada.
Suke la!
Rase muda balik walaupun umur I baru je menjangkau '3 thn'. hehehehehe...
Shyningstarry pun bermurah hati hadiahkan saya satu bracelet yg klasik dan comel.
Suke lah!
Tq Shyningstarry! Luv u!
Ni saya punya charm bracelet & bookmark.
Comel kan!


Charm Bracelet
Bookmark



Monday, December 20, 2010

Padang Besar - Santan - Jitra - Bagan Serai - Sg. Buloh

Ni kira backdated entry lah.
Korang pernah dgr tak nama tempat Santan?
Kalau bukan Santan tu rumah nenek gua, serius, gua pun tak pernah dgr nama tempat camtu.
Santan ni terletak kat Arau, Perlis.


2 minggu lepas gua and the family balik kampung, tengok nenek gua yg tak berapa sihat.
Sambil menyelam sambil minum air, sambil makan Som Tam, sambil makan laksa Kuala Perlis, sambil shopping dan segala macam sambil yg terlibat lagi lah!



Dah lama tak pergi Padang Besar.  Sejak dua menjak dah dewasa ni...
Padang Besar byk perubahan, dah cantik dan harga barang pun mahal! Melampau!
Mentang2 la glamer, terus naikkan harga barang. Takpelah, gua tak nak pergi Padang Besar dah, lain kali gua nak pi Wang Kelian pulak.

Warm home as the warm heart
Perlis Indera Kayangan
Padang Besar Baazar
The arced 
Paddy field
Next destination after Santan adalah Kg. Tanjung Pauh, Jitra.
Rumah tokwan gua.  kat sini tak sempat nak amik gambar sebab gua dah letih.


Lepas tu terus direct ke Alor Pongsu, Bagan Serai Perak.
Rumah Arwah Tok belah mak.
Sejak Tok meninggal (November 2007) gua tak balik ke Alor Pongsu sampai sekarang.
Rasa sayu je bila sampai kat rumah lama tu.  Tapi tak sempat nak ambik gambar sebab sibuk menghayati suasana.


Hmmm, masa kat sini, Afif sibuk main keleboq pasir + lumpur.
Ye Afif, sila main pasir byk2 ye...


Pasir atas kepala

Friday, December 17, 2010

Pasar Budaya

Tak sangka kat KL ada tempat yg exotic macam Pasar Budaya.
Pasar Budaya atau Central Market atau CM.
Dulu2 CM ni merupakan rendezvous saya. 
Dulu, masa zaman sekolah mana ada henfon, so kalau nak keluar dgn kawan, akan berjanji utk jumpa di CM.
Sekarang CM dah berubah wajah, tak macam dulu.
Rasa macam seorang tourist yg sedang menjelajah CM plak!

Saya pergi CM sbb ada satu secondhand tak berapa nak secondhand sgt bookstore kat situ.
Tujuan asal adalah nak beli buku, tapi terus jalan2 kat CM. Best!
Lama betul kitorang kat sana, nak tau harga parking kereta berapa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
RM8.50 utk 3 jam lebih!
Parking adalah mengikut hour dan takde maximum rate.
Parking anda akan meningkat sejajar dgn peningkatan masa anda kat CM.
That's the price that we have to pay for the exoticness in KL!
Dayabumi from CM's rooftop.
Lorong Melayu
Kedai Kraft Kayu
Lorong apa pun tak tau.
Exotic!
Lorong India
Portraiture
Kedai
Pasar Budaya
No comment! hehehehe... Jgn marah ye bang!



Monday, December 6, 2010

Melaka Trip

Haritu pegi Melaka. Bawak student melawat kilang Mamee...
Sebenarnya boleh choose nak pegi Mamee, Oriental Food atau Farm Best..
Saya pilih nak pi Mamee sbb ingatkan boleh dapat Mamee free nak beli Mamee dgn harga murah.
Tapi kat situ Mamee bukanlah utk dijual... :(
Sebab kecewa tak bleh beli Mamee, terus tak jadi ambik gambar.


Lepas sesi belajar beramai-ramai, student dibawa utk bergumbira kat Bandar Melaka..


Saya terus pegi cari asam pedas kat Merlimau.  Kononnya nak cari asam pedas Melaka yg pure, tapi asam pedas yg mak saya masak lebih sedap! hehehehe...


Lepas makan asam pedas, visit A Famosa (a must go place when u were in Malacca) & Menara Taming Sari kejap.  Tapi, adalah tak berapa relevant bila kat sebelah Menara Taming Sari ada Rumah Hantu. So, masa tgh beratur utk naik menara, semua org dihidangkan dengan jeritan2 dan suara hantu yg pelik... Mula2 takut jugak, tapi lama2 it become a bit annoying sebab terlalu bising dgn jeritan hantu.


Then, we were off to Terendak utk makan Roti John yg paling sedap pernah di makan...
Dulu, masa sekolah, harga Roti John tu RM2 je.  Tapi sekarang dah jadi RM5.
Overall adalah puas hati dapat makan & dapat mengimbau kenangan dolu-dolu kat pekan Sg. Udang.


Kesimpulannya trip to Malacca is one whole short enjoyable trip.
So, enjoy the photos!

Sila beratur utk naik Menara Taming Sari
Menara Taming Sari
Afif & Ayah
Kami
Kapal (pandangan dari atas menara)
Melaka River Cruise
Afif tgh try nak meloloskan diri dari ayah... 
Menara Taming Sari
Jejaka-jejaka di celah keretapi
A Famosa (a must go place!)
Dari kiri : Budak letih, pompuan yg tgh membebel, encik yg ingin melelapkan mata barang seketika.
Beca
Hang Jebat.
Air liur dan budak.
Cuba utk tidur sambil duduk bermeditasi walaupun di tengah kesesakan manusia...
Related Posts with Thumbnails