Pages

Monday, February 28, 2011

Surat Untuk Afif

Assalamualaikum Afif,
semalam kita 3 beranak pegi MidValley.
Ayah nak beli kasut katanya...
Ibu dah berdebar-debar bila ayah nak beli barang.
Tak kisah la baju ke, seluar besar ke, seluar kecik ke, hatta stoking pun, mesti ayah akan ambik masa yg lama utk pilih. 

Takpela Afif,
kita sayang ayah kan, jadi kita mesti tak kisah tunggu ayah pilih kasut kesukaannya walaupun lama.
Afif ingat tak,
mula2 sampai kat kedai kasut, Afif sgt behave.
Ibu happy!

Tak lama lepas tu, 
Afif dah mula introduce ayah kat semua orang dlm kedai kasut tu.
Ayah! Ayah! Ayah!
Afif panggil.
Ibu gelak2 je...
Lepas tu,
Afif main 'tut cak' dgn ibu sementara ayah masih lagi pilih kasut.
Kita especially ibu masih lagi gelak2 time nih.

Lepas sejam setengah, 
Afif mula panjat2 kat cermin display kedai,
Afif mula lari2 marathon kat luar kedai dan ibu pun terpaksa membakar lemak lari2 marathon utk kejar Afif.
Masa ni ibu dah tak larat, letih dan geram sementara ayah masih lagi belum menemui kasut kesukaannya!

Wahai la Afif,
sesungguhnya ibu & ayah adalah berbeza.
Bak kata omputih, Ayah dari Mars & Ibu dari Venus.
Bila ibu beli atau pilih barang tidaklah memakan masa seperti ayah... 
Masa ibu pilih barang adalah berkadaran sonsang dgn ayah.

Lepas 2 jam menunggu ayah beli kasut,
lepas Afif lari-lari,
Afif mula baring dan golek2 kat lantai kedai!
Pada masa ni, ibu dah tak larat, ibu biar je Afif baring dan golek2.
Dapatla ibu rehat kejap.
Afif suka, sebab lantai kedai tu sejuk!
Tapi, apakan daya wahai Afif sayang,
ibu tak boleh benarkan Afif baring lama-lama,
sebab ada mata kakak2 dan abang2 yg belum kahwin tengok2 Afif dan ibu.
Mesti diorang ingat ibu sengaja biar Afif baring dan golek2.
Memang ibu sengaja sebab ibu dah tak larat.
Dulu, 
masa Afif belum ada,
ibu selalu pandang serong meluat, menyampah, kutuk kat mak-mak budak lain yg biar anak dia buat sesuka hati.
Sekarang baru ibu tau kenapa...
Sebab mak-mak tu dah tak larat.

Afif sayang,
takpe la wahai Afif...
Macam mana pun ibu tetap sayang Afif...
I Love U Son...  :) 
Afif dan lantai yg sejuk...

Mari bergolek2 di lantai kedai yg sejuk!
Best tau!


Wednesday, February 23, 2011

Sekitar Perkahwinan Nina & Fariz

Cewwwaahhhhh, tajuk post macam hebat kan!
Tapi sebenarnya tak byk gambar yg diambil sbb gua
sibuk melayan Afif sebelah pagi & GUA ADA KELAS SEBELAH PETANG!
cessss.... Semua excitement pasal kenduri hanya dinikmati pada waktu pagi je...
Takpe la, demi anak bangsa!

Seperti biasa, Afif membuat perasmian kat pelamin orang.
Pengantin & pssstt, cantik tak baju dia?  :)
Tunggu rombongan
Uncles
Hantaran. Orang sekarang bg hantaran pelik2 & mahal.  Nasib baik gua dah kawen, kalo gua tak kawen lagi, gua nak mintak ipad, iphone, GPS & kamera DSLR... Boleh ke Yang?
Kena khutbah. "Tanggungjawab suami bg nafkah kat isteri bla bla bla!"
Dah kawen dah...!
U may kiss the bride.
Sila berlakon salam
Mak & adik gua yg letih hampir pengsan

Friday, February 18, 2011

Afif & Bihun






Ni masa kenduri bertunang cousin gua haritu.  Kitorang bagi Afif bihun supaya dia duduk diam2, tak lari2, tak kacau air, tak kacau lauk, tak kacau buah...


Esok adalah kenduri kawen cousin gua itu.  Gua dah start risau, nak bagi Afif main apa pulak.  Adakah bagi Afif main dengan nasik dgn ikan goreng pulak? 


Ohhhhhh, tidak! Gua risau! 


Afif, please behave for tomorrow...

Cameron Highlands

Seperti biasa, program cuti2 kitorang adalah unwell planned...
En. Hubby macam biasa jugak guna ayat tiba2 "jom pi Cameron"
Saya pun macam biasa jugak jawap "jom, I follow!"


Kitorang bertolak dari rumah hari Sabtu pukul 9 malam.
It was just us when climbing up through the Cameron hills.
Dengan sejuk2, kabus2 serius takut nampak hantu pontianak @ pocong!
Adventurous sungguh la laki gua...
Sampai Brinchang lebih kurang 12.30 pagi.
Cari2 hotel compare2 harga (sempat compare2 harga hotel at 1 am!) 
then dapat price hotel yg reasonable
sbb bukan nak stay lama.  Check in at 1 am, esok pagi2 
dah nak keluar jalan2.
Afif was very cranky since this was his first hotel outing...
Susah betul nak tido...
Overall trip was very exciting sebab dah lama tak pergi bercuti!
So, enjoy the pics folks!

Kea Farm & Afif yg demam


Afif nak lari pi ke bola strawberry
Cactus at Cactus Valley.  Kat sini ada banyak cactus yg cantik. Rasa  nak borong semua.
Si gadis bunga. Gadis kah?
En. Hubby & Pokok Anggur.  Nak tanam belakang rumah.  Boleh hidup ke?
We'll see...
En. Hubby & Cactus.
Cactus yg sgt cantik!
Cactus lagi!
Si gadis gadis kah? dan bunga lagi
Si over happy dan sayur.  Tempat ni adalah Agrofarm. Masuk free, ada byk sayur, bunga & boleh petik strawberry.  1/2 kilo strawberry RM40.
oooooo fish!
Si Strawberry bukan shyningstarry... hehehe!
Jalan keluar dari Agrofarm. Sgt curam!
On the way to Boh Tea Centre, Sg. Palas. Jalan sgt sempit. Kena bunyikan hon kat selekoh, kena bertolak ansur & kena berbudi bahasa.  Woi, angkat la tangan ucap timaseh kalau org bg laluan! Hanya yg betul2 berani je boleh drive kat sini. 
Afif sedang mencari idea...
Seorang ayah yg cuba utk bergambar secara normal dgn anaknya...
Larian marathon ke Boh Tea Centre.  Masa kat sini, kereta kena park kat bawah & kena jalan kaki lari marathon   secara berjemaah. 
Kuarters pekerja ladang teh.
Boh Plantation, Sg. Palas.
Kami



Akhir sekali, Bibik yg dah penat, pening & muntah.  Lepas Boh Plantation dia terus ajak balik!

Friday, February 11, 2011

Salah Eja

Weh korang,
nape korang tak betulkan ejaan gua kat sini (Thrust & Betrayed)...
Sebenarnya ejaan Thrust adalah Trust!


Thrust adalah tindakbalas tolakan which described by Newton!
hahahahahha!


Alamak! 
Jatuhla reputasi I...
hahahahahahahha...
:P
:P


Ps: Thank you for all the morale support and advices.
       Love u all (macam celebrity kan!)  :)
       



Wednesday, February 9, 2011

Dugaan Hidup

Saya selalu tertanya-tanya...
Kenapa aku?
Kenapa aku?
Kenapa aku yg patut terima dugaan mcm ni...

Tapi,
seteruk2 dugaan yg kita hadapi hari ini, 
ada lagi orang yg lebih teruk dugaan & ujian dariNya...
(I'm bad in writing, but I need to express my feelings though)

Saya redha dengan semua yg terjadi...
Saya terima Qada' & Qadar dari Allah...

Jadi, this is not the end of our life.
Keep on moving.
Life is Great, Enjoy to the Fullest.
Tak nak sedih2 dah, tak nak emosi2 dah...

Tuesday, February 8, 2011

Entry Emosi

Susah nak puaskan hati semua org...
Dah cuba buat yg terbaik utk semua, tanpa pilih kasih.
Tapi masih lagi ada yg tak kena.


Sabar
kesabaran saya dah sampai limitnya.
Saya dah tak boleh sabar.
Kalau diorang boleh buat saya pun boleh.
Diorang buat saya sesuka hati, tak fikir apa yg saya rasa.
Ye, saya mengaku, saya seorang yg mengingat macam sel B dan sel T.
Saya dah tak kisah apa pun.
Siapa yg sakitkan hati saya lagi, saya akan cantas habis-habisan, 
saya tengah pegang sabit nih...
Apa nak jadi, jadilah!


Selama 31 tahun hidup, saya dah kenal beberapa species manusia.


1. Manusia yg tak tau kewujudan perkataan terima kasih.
2. Manusia yg sememangnya tak mengenang budi.
3. Manusia yg tak tau menghargai pengorbanan orang, 
    you dont deserve me in your life.  So, goodbye you.
4. Manusia yg mementingkan orang lain lebih dari yg sepatutnya.  
    Paling benci orang ni...
5. Manusia yg sesuka hati marah kan org, lepas tu cool balik, 
    dgn harapan orang lain pun akan cool jugak. BLAH LA!
6. Manusia TAMAK! Tak pernah bersyukur!


Kesimpulannya, BLAH LA korang semua orang jahat!


ps: Entry kali ni adalah berbaur emosi, so bear with it.  

Monday, February 7, 2011

Cuti CNY

Cuti CNY...
Korang cuti pjg tak? Saya cuti seminggu...
Korang buat apa masa cuti?
Korang pergi mana masa cuti?
Saya mengadakan lawatan ke hospital2 di sekitar Kuala Lumpur...
Kenapa saya berminat nak melawat hospital?
Sebab anak saya demam, batuk, selsema & batuk lagi & demam lagi!

Senarai Klinik & Hospital yg dilawati sepanjang cuti CNY :

1. Klinik Mein Sg. Buloh : Masuk ubat ikut bontot.
2. Klinik Pakar Kanak-Kanak Melawati
3. Klinik Mein Sg. Buloh : Tuan Dr. tak nak masukkan ubat ikut bontot, 
    takut rosak kelenjar katanya, betul ke?
4. Hospital Selayang bahagian emergency : Diorang tak layan sbb kes 
    tak berapa nak emergency.
5. Klinik Keluarga Sg. Buloh : masuk ubat ikut bontot (boleh plak!)
5. Hospital Sg. Buloh bahagian emergency : Pun diorang tak layan; 
    Puan Dr. tak panggil sbb kedua2 Puan Dr. sibuk mengadap komputer 
    main Facebook agaknye...
6. Hospital Assunta : Ambik darah, korek dalam hidung: keputusan 
    negatif...
7. HUKM : Ambik darah lagi, dlm amount yg byk; Nasib baik diorang 
    layan kali ni, tapi diorang tak buat ujian pun kat darah yg diambil.  
    Tak perlu katanya, anak saya sihat (WTF betul!)

Diagnosis penyakit anak saya oleh saya yg bukan seorang Tuan/Puan 
Dr. (suka ati gua je buat diagnosis):

- Anak saya demam & batuk lambat kebah sbb bg ubat dalam susu...
   Kadang2 susu tak habis... 
   Kadang2 tak mau minum susu, sbb rasa dah tak sama, tak sedap!

- Saya bagi ubat direct dlam mulut dia & Alhamdulillah demam dah ok, 
  batuk dah ok...

Begitulah cerita Cuti CNY saya kali ni...

Anak saya 

Entry Terharu

Lately, gua sgt terharu dgn pengorbanan suami gua.
Sebenarnya, dah lama dia buat benda yg sama, tp baru kali ni gua tersedar.
Gua rase secara zahiriah dia memang nmpak cool, tp kat dlm hati dia takde sapa yg tau...
Terima kasih en. suami...


Tu je nak cakap...
Laki gua & Klinik (Takde kaitan!)



Related Posts with Thumbnails