Pages

Wednesday, April 27, 2011

Hari Buruh dan Saya

1 MAY 2004 - Masa ni saya belajar lagi. Balik KL cuti & nak jumpa boifren.  Keluar pergi Sunway Piramid dgn boifren naik skuter merah. Comel! Jalan jem gila, orang ramai gila!  Boifren saya dah kerja & dia belanja makan Pizza Hut. 


1MAY 2005 - Saya bertunang dengan boifren.  Ramai betul yg datang.  Saya ambik cuti dari supervisor seminggu sebab eksaited nak bertunang.  Saya pakai dress kaler kuning dan pakai tudung macam Garden Wedding Erra Fazira.  Alaaaa, yg tudung simpul2 belakang pastu rambut depan terkeluar sket tu... 
Kami dulu-dulu
1 MAY 2006 - Tak ingat apa berlaku masa ni.  Tunang saya maybe kerja hari tu dan saya tengah struggle very hard nak menghabiskan experiment sebab lagi 3 bulan nak kawen.  Jadi takde sebarang peristiwa berlaku...
Kawen
1 MAY 2007 - Masa ni saya dan suami tengah struggle dgn hidup.  Lepas kawen, terlalu banyak komitmen, terlalu banyak stress dan terlalu banyak dugaan.  Suami saya sorang je yg kerja.  Saya tak habis belajar lagi, tengah struggle nak habiskan experiment & nangis2 bawah bench. (Bench adalah meja lab, boleh masuk bawah meja lab utk nangis sbb tension).
Akhirnya, bulan September Supervisor saya lepaskan saya dan saya dapat kerja di KL...


2007 adalah tahun yg paling mencabar bagi saya.  Walaupun dpt kerja di KL, saya kena  berpisah dgn suami yg masa tu still lagi kerja di Penang. Every weekend saya akan balik ke Penang dan saya akan nangis setiap kali nak berpisah dgn suami.


December 2007, akhirnya suami saya dapat kerja di KL dan hidup kami pun bermula semula...


1 MAY 2008 - 2008 adalah tahun di mana suami saya kerja keras.  Dia tak ambik cuti.  Kami tak ke mana2.  Walaupun orang lain cuti, tapi suami saya tak cuti.  Masa ni kami stay kat Desa View Tower, Taman Melawati.  Rumah ni rumah apartment.  Rumah saya tingkat 7 betul2  menghadap rumah Dato' Yusof Haslam yg kat atas bukit tu.  Jadi, suami saya kata kami ni 
sebenarnya berjiran dgn Yusof Haslam.  Hahahahahhaha!


Masa stay kat sini, 7 bulan kitorang terpaksa panjat tangga hari2 sbb lif rosak! Macam mana pun, saya sgt suka rumah ni sbb rumah ni sejuk dan tenang.  Kadang2 boleh tengok monyet & babi hutan!


1 MAY 2009 - Masa ni saya mengandung 6 bulan.  Saya tengah craving byk makanan!  Lif rumah dah ok (nasib baik).  
Saya pernah craving for air coke pukul 12 malam.  Depan rumah saya adalah hutan bukit.  
Bila keluar rumah (nak pi beli coke), saya terus terbau wangi bunga kemboja. Wangi sgt!  Suami saya tak bau pun.  Nasib baik masa tu suami saya temankan.


1 MAY 2010 - Dah ada baby! Anak saya dah almost 1 year old.  Kitorang dah beli rumah kat Batu Caves.  Tak jadi beli rumah Melawati sbb ada bukit.  Takut bukit runtuh macam yg berlaku kat Bukit Antarabangsa.  Masa ni life dan semakin ada peningkatan. Alhamdulillah...


1 MAY 2011 - Korang pegi mana cuti ni weh? Gua kena kerja la!!!!!  







Monday, April 18, 2011

Hari Pernikahan

Haritu pegi kenduri kawen kawan en. Hubby.
Best!
Kat majlis tu ada slide show, tunjuk masa akad nikah pengantin.
Bila gua dengar je akad nikah, gua terus rasa nak nangis.
Pelik betul! 
Masa akad nikah cousin gua hari tu pun gua nak nangis gak.
Pelik!
Tak tau kenapa, rasa macam terharu + happy...
Masa akad nikah sendiri dulu, gua macam takde perasaan...
Sekarang je ada perasaan...

Pelamin
Gambar adalah super blur, tapi still nak upload jugak. Baju dan posing adalah recycle!

Thursday, April 14, 2011

Lelaki & Tongkeng Ayam

Idea ni datang lepas baca blog satu kawan.


Dulu, gua ingat laki gua dan adik gua je yg suka tongkeng ayam, 
tapi ghupanya rupanya ramai lagi orang berjantina lelaki ni suka


TONGKENG AYAM!


Pakcik2 kat opis gua pun suka tongkeng ayam.
Hidup gua dikelilingi oleh lelaki2 yg suka makan tongkeng ayam.
Kenapa diorang suka tongkeng ayam ek?
Kan ada banyak lagi part yg best, hati ayam, pedal ayam, leher ayam, pedai ayam, kepak ayam...
Gua rase dalam banyak2 body ayam yg ada, tongkeng ayam lah part yg paling tak best dan 
geli tak menyelerakan lansung!
Bak kata kakak ketua yg asalnya dari Penang
"eeii... mengkelan aku nak makan!"


Laki gua siap ada feel lagi makan tongkeng ayam.
Serius gua tak paham...
Laki / boifren korang suka makan tongkeng ayam tak?
Cer tanya...

Wednesday, April 13, 2011

Pantai Morib + Bagan Lalang

As usual, our road trip was the unplanned trip.
Tak tau nak pegi mana, en. Hubby suggest pegi Elephant Sanctuary, Kuala Gandah...
ishhhh, Kuala Gandah mana bleh pi day trip.
Kena tido sana plus masuk hutan keluar hutan utk sampai sana.
Last2 pegi Morib sbb tak pernah pegi.


Jauh betul Morib nih + sesat + kereta lain bawak slow (40km/j)...
Last2 kitorang sampai la jugak kat Morib dlm cuaca Malaysia yg panas sgt!!!
I jadi tanned u!
Kesimpulannya, Morib adalah tak best (jgn marah ye orang Banting + Morib).
Morib tak best sbb takde pantai ada tembok je & laut tak berapa cantik.


Lepas Morib, kitorang tak tau nak pegi mana, en. Hubby just drive along the road.
Kalau jalan kaki, orang kata ikut kaki, tapii kitorang ikut je mana tayar kereta bawak kitorang.
Sambil jalan2 tu gua tengok2 jugak sungai & jambatan, kot2 nampak lokasi 
pembunuhan Sosilawaty. Tapi tak nampak pun...


Jalan punya jalan, last2 kitorang sampai ke Pantai Bagan Lalang.
Pantai ni best sbb ada lagoon dan boleh jalan2 kat atas pasir.


Lepas tu pegi makan.
This is the worst part of our trip.
Kitorang makan kat Kedai Senandung Malam, Bagan Lalang.
Serving adalah super duper lembap.
Nearly 1 jam 1/2 tunggu, baru dapat food.
Gila betul!
Next time dah tak mau pi kedai tu dah!

Pantai Morib
Pantai Morib
Ayah yg bersungguh-sungguh, belon sabun & Afif
Afif yg excited dgn belon sabun
Pantai Bagan Lalang
Paragliding at Bagan Lalang
The writer and her son
Sunset

Si budak yg over happy dpt mandi laut

Thursday, April 7, 2011

I'm Back!

Hi korang!
Dah lama gua tak update blog...
Ada banyak sangat idea especially masa tengah bawak kereta.
Tapi sekarang semua idea dah hilang...
Hehehehe!


Misi menyahut cabaran adalah gagal sebab 
gua tak bleh menahan nafsu makan & 
gua letih.
So, bila letih, kena la makan byk2 kan utk ganti balik energy yg hilang...
Hehehe alasan...


Gua banyak keje, 
gua busy, 
tapi gua sempat jalan2 gak...
Nanti la gua update gambar.
Gua ada hobby baru sekarang, iaitu dowload lagu..
Best ah download lagu! Free, pastu bleh dapat lagu2 best!
Suke!


But there's ONE thing in my head,
I have made someone dear to me cry today...
Damn, Im very sorry and I promised to myself not u 
I will never hurt u again...
Sorry ye awak...
:)
Related Posts with Thumbnails