Pages

Wednesday, June 29, 2011

Seth Tan ke Kolej Universiti

Proses mengintai di jalankan
Intaian dan jeritan2 ...
En. Azhar Sulaiman
Seth Tan a.k.a Malek dan saya
Tuan Director drama Stanza Cinta dan kami. Sila tonton Stanza Cinta ye... Untung2 ada muka saya terselit kat situ!(promote tak berbayar)
Saya dan En. Azhar Sulaiman

Tuesday, June 28, 2011

Student lagi!

Tadi ajar student pasal enzim.
Ajar pasal Enzyme's Trivial Name.
Enzim dinamakan dengan penambahan 'ase' di belakang setiap substrat.
Contoh :
sucrase
lactase
maltase
bla! bla! bla! yada! yada!
semua benda yg dibelakangnya ada 'ase' adalah enzim.


Tiba2, dengar suara dari kejauhan cakap


'SHIMASE !!!!'


huh!


Berani betul!



Monday, June 27, 2011

Lapar Donut!

Lapar Donut!
Mengandungkah? Taklah...
Tapi kenapa lapar donut sgt2! Dlm donut ada dadah kah?
Tak la...
Tapi kenapa lapar donut sgt2?
Sejak semalam...
Hari ni lapar lagi...
Dah makan...
Tapi lapar donut pulak!
Kejap lagi lepas kelas nak pergi kedai donut.
Nak beli 12 donut.
Nak makan sorang2..
Boleh habis kah?
Lapar donut!
Sekarang tgh telan air liur tengok gambar donut.


Saturday, June 25, 2011

Rejuvenate

Saya suka Mutiara Damansara especially The Curve.
Sangat menarik.
Ada one whole street of food center.
Paling best adalah di Marche Movenpick.
Tapi bila pergi situ tak ambik gambar.
So, kalau korang nak tangok tempat tu pergi sendiri la ye.


Saya suka jugak makan kat Waroeng Penyet.
Ada Nasi Ayam Penyet yg sangat sedap.
Ye, sangat sedap tau!


On the way nak ke Waroeng Penyet, lalu Bubba Gump.
Oh, saya sangat teringin nak makan shrimp di Bubba Gump.
Feeling jadi Forest Gump pun ada.
Lepas tu teringin nak rasa shrimp yang ditangkap oleh En. Forest Gump. Eheh!


Tapi, 
di restoran tu ada arak!
Jadi, macam mana kita orang Islam makan di situ?
Ye, kita memang tak pesan arak, tapi apa hukumnya kalau makan di kedai yg menjual arak?
So, agak komfius sbb ramai je orang Islam makan dan bersuka ria kat situ.


Saya terpaksa membatalkan cita2 saya nak try di Bubba Gump.
Maybe next time after everything like the arak itself or the hukum being cleared up.
For the time being,
makan di Waroeng Penyet saje lah.
Macam mana dengan Tony Roma's pulak?

Meja 72
Lenggang-lenggang kangkung, kangkung tepi telaga...
Ayam panggang 
Sup hitam a.k.a sup rawon / japanese beef soup... 

Friday, June 24, 2011

Absent

Tadi saya pergi cafe.


On the way ke cafe saya terserempak dengan sorang student.


Dia kata :


"Hai Puan, sorry la saya tak datang kelas Puan semalam. Saya tertidur lama..."


Saya terkejut + terkedu + speechless + nak cover speechless, saya kata sambil tersengih-sengih :


"Takpe... takpe..."


Dalam hati saya kata :


"aku nak jawab ape ye?"


Kalau dulu, zaman saya sekolah kat Utara dulu, nak absent pun takut, apatah lagi kalau nak bagi alasan tertidur kat cikgu. Takut cikgu marah!


Lagipun takut terlepas kelas, takut tak tau apa yg belajar.


Nanti tak boleh jawab periksa.


Haihhhhh... Sesungguhnya zaman dulu dan sekarang adalah sangat berbeza....







Thursday, June 23, 2011

Umur

Sedar tak sedar lagi 9 thn je umur saya nak jadi 40...
Oh, anda semua boleh agak berapa umur saya sekarang kan!
:)


Life begin at 40.
Itu utk lelaki. Betul ke?
Orang kata lelaki akan matang bila usia mencecah 40.
Dan orang kata lelaki akan macam2 bila usia dah 40.
Betulke?
Kalau betul, takutnya saya!


Wahai lelaki saya,
jangan macam2 masa umur anda 40 ya! Nanti saya piat telinga awak!


Lagi 9 thn umur jadi 40.
Macam2 soalan ada dalam kepala saya.
Kulit saya akan jadi kedut2 kah?
Saya boleh bergelak ketawa kuat2 lagi kah?
Saya kena beranak lagi cepat2 kah?


Dan yg paling penting,
saya dah ada duit simpanan kat Tabung Haji kah?


Nasib baik saya dah kawen.
Kalau belum kawen, msti lebih byk soalan dalam otak saya.


So, to those yg belum kawen, cepat2 kawen!
Life is short, dont make it like a shit, Enjoy to the fullest!





Wednesday, June 22, 2011

Jalan-Jalan Cari Durian

Air Terjun Chamang. Arus adalah sgt deras, tapi dlm gambar tak nampak. Nampak mcm baik je air terjun ni...
My Boys
Kami & Please ignore dgn baju yg sama pada entry monkey... Baju sama, hari lain2...
Niat di hati nak makan durian Pahang.
Tapi, last2 sampai ke Air Terjun Chamang, Bentong.
Saya agak phobia dgn air terjun ni sbb arus dari atas adalah sgt deras & kalau nasib tak baik,
air bukit dari atas akan mencurah dgn tiba2.
Memang dah pernah ada rekod & statistik kematian kat air terjun ni.


Mandi manda kat sini adalah sekejap & gambar adalah confidential.


Lepas mandi-manda, berjaya mencari durian kampung Pahang yg sgt sedap & manis!





Tuesday, June 21, 2011

Impian tinggal impian

Satu hari cuti nan indah
Jalan-jalan,
masuk kedai keluar kedai.
Survey-survey.


Impian di hati adalah Aprillia, Ducati & KTM.
Tengok2 lagi.
Bincang2..
"Mana boleh ambik yg ni, saya x cukup tinggi,
nnti berenti kat traffic light mcm mana?"


Bincang2 lagi.
"Saya nak yg ni. Bentuk ni rare, tak ramai org pakai yg ni!"
"Mana boleh amik yg ni, saya tak boleh menyelit2 nak pegi keja!"
"Ehhh, awak nak bawak ni pegi keja, abis tu saya nak naik ape?"


Belek2 harga,
tanya2 tokey kedai.
"Saya nak tau berapa saya kena bayar utk downpayment & monthly installment."


"Yg ni lu kena bayar downpayment RM40000, bulan2 lu bayar Rm1000 lebih utk 5 thn saja maaaa!"


Bincang2 lagi.
Tak boleh, tak boleh!
Tukar brand & jenis...
Kawasaki Z750.
downpayment RM6000 lebih, bulan2 RM800 lebih utk 9 thn saja maaaaaaa...!
Tak termasuk harga ekzos, jaket, helmet, boot & mcm2 lagi...


"Mahalnye", saya kata...
"Tarak mahal looo, ini lebih canggih dari kereta maaaaa...", tokey kedai kata.
"Dah, dah, jom balik makan nasik lagi baik!" 
"Tahun depan kita datang lagi", dia kata.


Akhirnya,
impian tinggal impian...



Monday, June 20, 2011

Haihhhhhhh....

Nothing much to say for today just


Haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

And the life must go on... Sigh...






p/s : My blog title doesn't reflect my post lately isn't it?!!



Friday, June 17, 2011

Bila Takde Kerja...

Bila takde kerja
mula cari kerja.


Bila takde kerja
tengok kiri tengok kanan.


Bila takde kerja 
mula nak tau pasal orang.


Bila takde kerja
mula buka mulut busuk
mengumpat orang.


Bila takde kerja
mula tulis macam2 di twitter.
Tulis status yg menyakitkan hati di Facebook.
Tulis macam2 di blog.


Bila dah kantoi
delete status yang menyakitkan hati
cari alasan "ehh, Im not talking about u"
"u terasa kenapa?"


Hey you!
Go get a job!


Oh, sorry for writing this...
Oh hell yes
Im an angle
and what are u?


Ehhh, apa rasanya ye bila orang tulis pasal kau kat blog?
Sakit hati tak?


Cheers women!

Tuesday, June 14, 2011

Gempa Bumi Earthquake!

Korang rase tak kejap tadi?
Ada goyang-goyang!
Mula2 gua ingat gua pening pening lalat
rupanya adalah goyang yg disebabkan oleh gempa bumi kat Sumatera.
Pagi tadi around 8 am dah ada goyangan,
sekarang digoyangin lagi bumi ini!


Kesiannya orang2 kat sana!
Baru goyang sikit je, gua & friends dah cuak, dah siap2 kemas beg nak lari.
Macam mana dgn orang2 kat sana?
Macam mana dgn orang2 yg rumah diorang memang dalam Lingkaran Api Pasifik? cewaaahhh, menunjukkan kehandalan Geografi suatu ketika dulu.
Kesiannye!
Gua rase nak nangis.
Tak habis2 diorang ditimpa musibah.
MasyaAllah! Mungkin ada hikmah tertentu di sebaliknya...


Please pray for them,
pray for their safety,
pray for our brothers and sisters there.
Pray for the children...


Yes, I am full with emotion tightness today...
Sigh...

Friday, June 10, 2011

Heaven


Ni adalah PLUS Highway dekat area Bukit Lanjan pagi tadi!
Kosong, empty, zero, none, nan ado.
Semua ni adalah HEAVEN!
Oh budak sekolah, mak budak sekolah, bapak budak sekolah, makcik kantin sekolah, pakcik tukang kebun,
sila lah sambung cuti anda lebih lama supaya saya senang pergi kerja...

Thursday, June 9, 2011

Hati Tabah

Sejak umur saya dah sampai ke tahap sekarang, umur sebenar adalah rahasia
sejak zaman semua orang dah ada Facebook,
sejak zaman ramai orang dah ada akaun Twitter,
sejak zaman ramai orang ada blog,
saya nampak macam-macam dugaan yang orang lalui...


Sometimes, bila saya baca, saya jadi penat,
saya jadi stress and I was trying to stay away from blog or status like this.


Macam-macam dugaan dalam hidup ni sebenarnya.
Tipula kalau kau kata kau bahagia, nothing big that will scratch your heart...
Tipula kalau kau kata everything in your life is PERFECTO!
Anda mungkin akan kata "kau kata macam tu sebab hidup kau tak perfect, kau ada masalah, hidup kau tak bahagia, kenapa nak kata hidup orang tak perfect?"
Saya bukanlah in the state of denial.
Kadang2 dugaan ni datang tak tentu masa, hidup ibarat roda.
Sekejap kita di atas, tak lama lagi siapa yg tau...


Macam-macam yang saya baca, kadang2 saya baca sampai saya jadi unbreathable.
Kadang2 saya sebak,
kadang2 nangis terus.


Ada orang yg terpaksa berpisah dgn suami atau isteri,
anak kesayangan atau orang kesayangan 'pergi dulu',
anak yg baru je lahir dah kena masuk ICU (this is hurt!) Saya paling trauma kalau ia melibatkan anak.
macam2...


Setakat ni saya hanya berpegang dgn satu saja,
'Allah hanya berikan ujian pada orang yg mampu menanggungnya...'


Tidak ada siapa pun yg akan faham apa yg kita sendiri lalui. 
Hanya kita, diri kita, ourselves dan Allah.
Jadi, to those yg hurt, semoga anda berjaya melalui segalanya dengan tabah,
semoga anda sabar dan redha...
Yang kekal adalah di Alam akhirat, bukan di dunia...
Saya sangat percaya akan kuasa berdoa, 
jadi,
berdoalah,
Be strong for you and for me...



Thursday, June 2, 2011

Bukit Malawati & Sekinchan

I took a half day off yesterday and we went straight ahead to Kuala Selangor (Speaking London plak harini).
Our first destination is Bukit Malawati, Kuala Selangor. (This Malawati is totally different with Taman Melawati, Ulu Klang ye...)
We were just too excited to see the monkeys that had been 'swarming' Bukit Malawati for quite sometime.
Tak pegi tengok meriam ,makam Diraja, muzium. Just went there to see the monkeys. 

Monkey mencari sesuatu di kepala...
Perebutan kuasa berlaku
Monkey ni tak gigit orang, so boleh pegang, usap dan yg sewaktu dgnnya.
Pompuan cantik cuba menggoda monkey
Manusia yg amazed dgn monkey

Lepas tgk monkey, mengidam teringin nak makan ikan bakar Sekinchan yg glamer glamer ke? itu. Pegi cari Ikan Bakar Sekinchan tanpa penggunaan mesin GPS. Sama mcm orang buta yg berjalan tgh malam Betoi ka perumpamaan ni?.
Cari punya cari & tanya orang kaedah traditional, maka jawapan yg diperolehi adalah
"Restoran Ikan Bakar Sekinchan takde kat Sekinchan. Diorang just ambik nama Sekinchan je...."
Cesss, biaq betoi, punyala jauh kami mai, tib2 takde Ikan Bakar Sekinchan.
Last2 kitorang makan kat kedai Seri Sekinchan Seafood Ikan Bakar.  Boleh la, asalkan ada perkataan Sekinchan & Ikan Bakar...




Kuching, meowww!

Hari ni saya ada masa sikit, so boleh update gambar Kuching.
Business cum pleasure visit is the best where u dont need to pay for your air ticket and accommodation but u still can have the pleasure at the same time.
So, enjoy the-not-so-clear-and beautiful piccas folks!

Sg. Rajang from above. Ehhh, betul ke Sg. Rajang?
Check in at 360 Hotel
The one who excited about the toilet :P . Jgn marah naaa!
Perahu ke Seberang Sungai. 4 hari saya kat Kuching.  Setiap kali nak makan mesti kena pi Seberang Sungai.  Macam takde tempat lain... 
Pertandingan melihat sape yg paling berjaya kurus. Hahahahah!
Pakcik perahu
Excited naik perahu for the 1st time.  
Excited dgn perahu, gambar ni pun nak ambik!
Pasar Satok.  Ingatkan kat pasar ni ada jual souvenier.  Rupanya ada jual ikan je. Cessss!
The-must-take-picture place, Roundabout Kuching errr, betul ke namanya?
Dewan Undangan Negeri, Kuching.  Orang kata kat area situ ada rumah Taib Mahmud yg sgt besar.  Orang kata...
Sarawak River Cruise, Fare : RM65 Adult; RM30 Children. Boleh tgk sunset!
Gambir Sarawak & Pil Viagra. Ehhh, Viagra?
Nasik dalam buluh, tapi sebagai hiasan saja... Tak masak pun dlm buluh. Acah je...
Ini adalah lakonan semata dari tuan punya kedai Kononnya ayam dimasak dlm buluh, tapi penipuan telah berlaku di sini.   Tuan kedai kata malam tu adalah malam last kedai dibuka.  Dia nak tutup kedai sbb nak pindah balik Sabah. Tapi malam esoknya bila kitorang pi lagi, kedai tu still open! Penipuan utk mengaut keuntungan telah berlaku! BENCI!
Related Posts with Thumbnails