Pages

Thursday, August 25, 2011

Bukak Posa

Sempena dah nak raya ni nak update cerita pasal bukak posa haritu.
Nnti kalau update lepas raya, jadi basi pulak cerita ni kan.


Haritu pergi bukak posa kat Riverstone Eco Resort di Hutan Lipur Sg. Tua (Ulu Yam)
Tempat adalah sgt exotic, ala ala Bali gitu. Oh, I love Bali (sedikit drama ye).
Kalau korang nak rasa betapa exoticnya tempat ni, pergi sendiri ye & jgn lupa google alamat dia eh...


Food adalah biasa2 saja.
Markah yg diberikan adalah 1/10 kalau nak dibandingkan dengan Restoran Nelayan Titiwangsa.
Selebihnya, gambar adalah super tak clear dan please bare with it.
Ni nak kena tukar kamera baru nih!  Biasa kamera nih!


Dewan makan.  Sgt cantik!
Bilik2 yg ada di Riverstone Eco Resort. Rate adalah RM120 hingga tak tau. Lokasi adalah sgt menarik dan di atas bukit.
Penulis bersama payung idaman warna-warni
Kawasan meracun diri pun ada. So, sapa2 yg rasa nak bunuh diri boleh pi bawah pokok ni.
Pendakian utk melawat kawasan sedang dijalankan.
Turun dari kawasan bukit bukau.
Time makan ehh, time berbuka puasa.
Last but not least, Tukang Belanja. Terima kasih tukang belanja, next time belanja lagi ye!

Tuesday, August 16, 2011

Rajin

DEMAM + PENING KEPALA + TAK BOLEH MAKAN UBAT-SEBAB PUASA + MASIH LAGI DATANG KERJA + ADA KELAS = RAJIN 




Boleh??!!
Saje je nak update sikit padahal nak menaip pun tak larat.
Ok, babai nak tido jap...



Wednesday, August 10, 2011

Makanan Cinta


Dulu ni la makanan kami.
Makanan Cinta.
Sedap!
Selalu makan kat gerai 1901 kat Bukit Bintang.
Makan satu kat gerai luar Star Hill...
Gerai tu betul2 kat tepi tangga monorail Bukit Bintang.
Lapar lagi, makan lagi kat dalam Star Hill...
Makan banyak sampai orang kedai kenal.
Selalu makan Minnesota Twin.
Yummeh!
Tapi sekarang menu dah berubah...
Dah lain.
Dah tak best macam dulu...
Sedih...

Wordless Wednesday (Hidung Kembang & Air liur Meleleh)


Paranoid Mother

Paranoid mother...
Yes, that's me!
Bak kata laki saya
Ghaplah!
Ye, saya memang ghaplah...


Semalam
anak saya cirit birit & muntah.
Dalam kepala saya 
Anak aku keracunan makanan!
saya paranoid
saya kelam kabut
bawak kereta laju2 supaya cepat2 sampai klinik...
Nasib baik masa bawak kereta laju2 takde polis tahan atau takde eksiden.
Paranoid kan saya!


Haritu,
anak saya demam seminggu.
Demam lengkap dengan ada ulcer kat dalam mulut & ruam kat leher.
Saya ghaplah lagi.
Saya takde fikir benda lain.
Adakah Denggi atau Kaki-tangan-mulut...
Tiap2 hari saya pergi klinik.
Tanya dokter.
Dokter kata takde pape, infection biasa saja.
Saya ghaplah lagi.
Siap email, YM cari Dr. Singa pulak.
Dr. Singa pun cakap takde pape.


Saya jadi paranoid because I do teach my students about all of these diseases.
But I dont have the experience to handle it by myself.
Ini la jadinya
PARANOID!


Sometimes we better know less about few things so it will never worrying us...

Tuesday, August 9, 2011

"Sayang, kenapa aku jatuh cinta lagi padamu?"


Di bulan suci Ramadhan seorang suami yang baru pulang dari kerja membantu isteri memasak untuk berbuka, isterinya melihat suami yang telah seharian bekerja, namun turut ikut membantu isteri di dapur

"Bang, duduk la dulu rehat..kan penat tu?"

Namun suami menjawab

"Sedangkan Rasulullah selalu membantu isteri-isteri beliau, kalau abang bantu isteri memasak pun belum tentu dapat setanding dengan apa yang telah Rasulullah lakukan"

Mata mereka berpandangan. Suami tersenyum manis dan isteri tersipu malu dibuatnya. Walaupun usia perkahwinan mereka telah cukup lama, anak anak sudah besar dan dewasa, jika senantiasa disirami dengan kasih sayang dan saling memahami, maka akan selalu ada tunas cinta yang bersemi kembali. Bunga bunga bermekaran menebarkan semerbak harum mewangi setelah melewati badan dan goncangan kehidupan.

Isteri bersabar menghadapi kekurangan suami kerana mengingati pengorbanan yang telah dilakukan suami dalam mengharungi bahtera kehidupan, demikian juga suami selalu bersabar dalam menghadapi kekurangan isteri sebab isterinya nampak anggun dan cantik dengan keikhlasan dan pengorbanan dalam menjaga bahtera rumah tangga, sebagaimana Umar bin Khattab yang menasihati seorang sahabat ketika mengadukan isterinya yang sangat cerewet sekali.

"Saudaraku, aku bersabar atas sikap seperti itu, kerana hak-haknya padaku. Isteri memasakkan makanan, menyucikan pakaian, menyusui anak anak dan hatiku tenang dengannya dari perkara haram kerana aku bersabar atas sikapnya seperti itu"

Terkadang cinta dalam keluarga luntur oleh seiring perjalanan panjang, menjadi hambar dan datar. Ketika pertelingkahan suami isteri tidak bertemu sebarang penyelesaian kerana ego masing masing akan menghilangkan rasa simpati dan cinta. Berbagai kelemahan yang semakin terlihat di pelupuk mata tanpa sedar untuk saling memahami dan saling menyedari bahawa rumah tangga semakin kehilangan kasih dan sayang. Bagaikan jasad tanpa ruh, setiap kata menjadi kehilangan makna bahkan kata telah berubah menjadi senjata yang digunakan untuk saling menyakiti perasaan satu sama lainnya. Komunikasi semakin hambar.

Disinilah perlunya kekuatan di dalam menghadapi permasalah rumahtangga. Kekuatan itu adalah ketaqwaan kita kepada Allah sehingga terciptanya keluarga sakinah mawaddah warahmah atau keluarga yang tenteram penuh cinta dan kasih sayang. Siramilah keluarga anda dengan cinta dan kasih sayang. Bangunlah kembali komunikasi penuh kehangatan agar bunga-bunga bermekaran, menebarkan semerbak harum mewangi kehidupan. Gunakan cara terindah yang anda miliki untuk membangunkan kemesraan dengan pasangan anda. Ungkaplah dengan t ulus cinta dan kasih sayang anda untuk saling mengerti dan saling menguatkan, sampai akhirnya pasangan anda membisikkan, "Sayang, kenapa aku jatuh cinta lagi padamu?"

Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya serta lemah lembut terhadap isterinya (HR Ahmad & Tirmidzi)



M. Agus Syafii & Blog Cik Nowa



Monday, August 8, 2011

Cerita Baru

Cerita baru
Takde cerita baru
hidup macam biasa
bangun pagi pegi kerja
petang balik kerja.
Hari minggu lepak2.
Kalau ada duit pergi shopping sikit2.
Kalau takde duit duduk diam2, paham!

Cerita baru?
Hari ni takde cerita menarik
Bulan puasa, semuanya mesti baik.
Kalau ada yg tak baik, anggap itu ujian.
Kalau ada yg baik, itu hadiah dari Allah...

Cerita baru?
I am mentally ill now...
tired...
Life is supposed to be great kan!
To Puan mental, please behave, please cope with this Ramadhan,
please adjust with everything.
Please mental, I begged you.
Be nice to me so we both can stay sane!





Related Posts with Thumbnails