Pages

Tuesday, May 29, 2012

Mak Kiasu

Bawak Afif pegi playground
dengan satu tekad di hati (nak bagi dia mingle mingle dgn budak sebaya)
Utk pengetahuan umum, Afif dijaga oleh atok dan wan.
Jadi secara lansung, dia tak ber'mingle mingle' dgn rakan sebaya.

Kat playground
Afif ajak saya ikut dia
"Ibu come on, come on!"

Saya paksa dia
"Afif pegi sendiri, pegi main dgn kawan"
"Kalau tak nak main dgn kawan, kita balik rumah"

Dalam terpaksa dia pegi
Cuba buat ice breaking dgn kawan.
Ice breaking dia adalah
melompat depan kawan sambil menjerit "Huarggggghhhhh!"
dan dalam masa yg sama
kawan pun melompat ke depan Afif.
Dengan adanya pengaruh inersia maka momentum perlanggaran antara gigi Afif dengan kepala kawan berlaku.

Gigi Aifi berdarah
Kepala kawan sakit.
Afif menangis sampai selop (bahasa org utara)

Balik rumah saya menyesal
Umur Afif tak sampai 3 tahun
Saya dah suruh dia mingle mingle dgn kawan
Saya dah kiasu utk jadikan dia seorang kanak-kanak yg perfect!
Saya nak dia pandai kawan, pandai mengaji, pandai baca, pandai tulis, pandai colour.
Everybody is not perfect including my son.

Sungguh saya menyesal
Lepas ni saya takkan paksa dia pandai kawan dah.
Biarlah dia jadi dia.
Saya dah tak nak jadi mak kiasu dah.
Kesian anak saya...
I'm sorry Afif...

Mak kiasu yg menyesal...




Monday, May 28, 2012

Merajuk

Tengah lepak-lepak
rilek-rilek
sembang-sembang pasal next vacation
jalan sana jalan sini
"Saya nak pegi Pulau Sapi, nak tengok sekolah ikan" yg pompuan cakap
sembang-sembang lagi
"Sayang la duit pegi jalan2, saya nak beli kereta baru, nak cantikkan rumah" yg lelaki cakap


Tengok blog orang tu yg ada gambar cantik sgt pasal Pulau Sapi.
Yg ada sekolah ikan kat bawah jeti


Scroll gambar guna touch screen phone
Tiba2 yg lelaki ter'click' back.
Kena tunggu lagi gambar utk download semula.
Internet rumah dah la slow maha dasyat 
(Sila rujuk entry sebelum ni tentang betapa slownya internet kat rumah kitorang)


Tunggu, tunggu, tunggu punya tunggu
scroll lagi
tiba2 yg lelaki ter'click' back lagi. (atau sengaja click)


Yg pompuan tarik muka masam
merajuk
Awak tak nak pegi Pulau Sapi eh?
Awak tak nak teman saya tengok sekolah ikan kat bawah jeti eh?


Merajuk...

Ni sekolah ikan yg tak banyak. Kat bawah jeti Pulau Sapi lagi cantik dan banyak.

Friday, May 25, 2012

Kamu Pernah?

Kamu pernah?


deal dengan orang yg tak organized?
deal dengan orang yg ambik mudah mula-mula,
lepas tu kelam kabut last minute.


Kamu pernah?


buat kerja separuh hari,
kelam kabut
cancel the main task just to settle things with that last minute person or should I say the unorganized person
Lepas tu bila hantar
"ehh, kenapa u buat?"
"I dah settle kan utk u..."
"u tak payah hantar lagi yg ni, nnti I email baru u hantar ok!"


Apa yg terpancar di muka
"oooo, ye ke... terima kasih"
Apa yg ada dlm hati
"WTF, WTH, dan yg sewaktu dengannya"


Kamu pernah?


hantar kerja 
and that same unorganized person kata
"no, u tak hantar, I remember u tak hantar" (dgn-muka-konfiden-sambil-macam-nak-marah)


Balik ofis
kelam kabut reprint
re'photostat'
kelam kabut kelam kabut kelam kabut berpeluh ketiak peluh


Resend...
Nat tau apa dia kata
"I baru perasan u dah hantar utk circulation hari tu bla bla bla bla yada yada yada!"


Kamu pernah?
Bila dah tak sabar 
rasa macam nak pukul jerit kat muka orang tu?


Saya yg tgh merenung ke langit sambil berfikir destinasi percutian seterusnya... Ada kaitan kah?

Wednesday, May 16, 2012

Learned

I don't believe in good days and bad days.


I just have days when I learn a little 
and days when I learn a lot.


Today I learned a lot.


Yes, I have learned a lot today...





Tuesday, May 15, 2012

Tikusssssss, tikussssssssss

Case 1
Pagi tu lebih kurang 6.45 am
macam biasa 
dalam kereta dgn Afif on the way ke rumah Atok.


Tiba-tiba lori depan buat emergency brake
saya pun ter'emergency brake' jugak.
Afif kat dalam car seat 'terkedepan' sikit.


Tiba2 dia tanya saya
"What happen?"


Saya yg still terpisat-pisat sebab bangun awal
still mengantuk mengantuk
dok terfikir-fikir
nak jawab.


"Oh, the lorry was emergency brake"
Hahahah! sungguh la broken nya English ku...


Case 2
Bila geletek-geletek Afif
dia selalu kata
"tikusss, tikussss!"
Kami pelik
kenapa mesti 'tikusss' kalau geli?
Puas fikir
Lama jugak dok dengar
"tikusss, tikussss!"


Last2 
baru2 ni baru terpikir perkataan
'TICKLE'


Bila geli dia sebut
'tikusssss, tikussss'
(TICKLE, TICKLE!)


"Tikussss, tikusssss!"

Monday, May 7, 2012

Saya rasakan...

Saya rasa kan...
teori minum susu soya masa pregnant
adalah...
tak berapa betul...


Before ni saya adalah sgt konfiden dgn teori tuh.
Tapi sekarang tidak lagi.
Buktinya adalah seperti di bawah...

Budak yg suka main kat tengah panas!

Sunday, May 6, 2012

I vow...

I vow
to help you love life
to always hold you with tenderness
and to have patience that love demands


To speak when words are needed
and to share the silence when they're not


To agree to disagree on red velvet cake (in my case is sup ikan)
and to live within the warmth of your heart
and always called it home


I vow
to fiercely love you
in all your forms now and forever
I promise to never forget that this is a once-in-a lifetime love


And to always know in the deepest part of my soul
that no matter what challenges might carry us apart
that we'll always find the way back to each other...

Tulis kat bil Astro


Saturday, May 5, 2012

Benci hokeh!

Hari ni sgt membencikan
Tau kenapa?
Bukan benci orang
Tapi benci komputer nih!
Ni komputer yg tgh ditekan2 dadanya

komputer yg simpan segala mcm benda
komputer hitam lama nih


Komputer hitam lama nih dah delete segala file gambar & file lagu dalam henfon gua!!!
Sangat marah hokeh!
Marah kat student pun tak pernah macam nih
File lagu ok lagi.
Tapi file gambar!!!!
Ada gambar2 Afif since first day lahir!!!
Gambar bilik masa kawen
Gambar rambut cantik before kawen
Gambar Afif banyak!!!
Benci lah!


Before ni sape2 yg cucuk pendrive kat komputer hitam ni, semua file diorang kena delete.
Before ni gua rasa sikit bangga
"oh, komputer gua bagus. Protection is very the strong. Cayalah komputer hitam!"
(Mungkin sebab ada sikit ke'riak'kan di situ, maka mendapat balasan)


Dan hari ni dia delete semua file gambar kesayangan gua!


Serius marah.


Jadi, jangan kacau gua hari ni.


Komputer hitam yg bakal dihumbankan.

Friday, May 4, 2012

Kisah saya, Afif, ayah & P1

Lately, Afif ada satu hobi/minat/interest baru.
Bukan lately, dah lama sebenarnya, tapi mak ayah dia baru nak take action.


Afif suka sangat dgn trial bike.
Trial bike ni motor lompat2 naik atas batu la, mount climbing la, jalan with 1 tyre kat atas railway la.
Trial bike ni bleh buat semua.
Mak Afif pun baru tau je pasal trial bike nih.


Jadi, untuk melampiaskan (ganaskan bahasa ku!) minat Afif,
mak ayah Afif bukak video trial bike kat Youtube.
Tapi malangnya,
internet kat rumah kitorang speed download just 400 kbps jerrr.
Speed upload tak payah bgtau la, memang slow macam siput babi
Masa subscribe dulu kitorang dok cakap2
"Alaa, kita bukannya jenis yg minat sgt dgn twitter, facebook nih, tak payah ambik yg laju sgt. Jimat pun jimat!"


Bukak Youtube adalah 'slow mo' la sesangat.
Dan asyik kena dengar Afif jerit2 kat depan muka "TUNGGU! TUNGGU!" 
tunggu internet download video.


Jadi, haritu kitorang nak upgrade speed P1 kepada yg lebih laju.
Call 1st center:
"Oh, puan boleh upgrade speed P1 walaupun belum habis contract, boleh sambung je contract lama. Puan kena bayar bla bla bla bla dan akan upgrade in 24 hours!"
Ok, kami pun happy sebab dah tak payah dengar Afif jerit "Ibu, TUNGGU!" "Ayah, TUNGGU!"
Esoknya, saya bersemangat balik keje nak try internet dgn speed laju dan mengancam itu.
Afif pun dah bersedia dgn trial bike dia.


Tapi, speed haram tak upgrade lagi.
Call center balik
cakap2, bagi no akaun, bla bla bla bla lama gila (Rasanya bil telefon jadi mahal just sbb call P1 je)
lepas tu diorang boleh cakap
"Puan, mintak maaf sgt2, sistem kami tak benarkan upgrade speed selagi tak habis contract."
"Contract Puan akan habis 30 August 2012"
"Mintak maaf sgt2 utk wrong information semalam"


Dalam hati saya "Oh, sungguh WTF 'bagus' la kamu!!!" 
Dalam hati je la...


Maka dgn ini dimaklumkan bahawa mak dan ayah Afif terpaksa lagi dengar jeritan
"Ibu, TUNGGU!" "Ayah, TUNGGU" sampai bulan 8...


Sekian harap maklum...


Trial Bike, punca kejadian.  Image credited to Google.


Thursday, May 3, 2012

Pernah try Mentarang?

Mentarang atau menatang. Apakah??
Nama sebenar adalah mentarang.
Saya jumpa masa on the way balik dari Pangkor haritu.


Kalau dari Lumut, tempat jual menatang mentarang ni ada kat sepanjang jalan antara 
Sekinchan - Tanjung Karang - Kuala Selangor dan yang sewaktu dengannya.


Singgah kedai Din Menatang Mentarang Bakar.
Diorang akan bakarkan siap2 dan sediakan dessert sekali tau + layanan adalah sangat suam (warm welcoming)
beserta dgn sedikit sebanyak dialect Jawa.
Bagus betul kedai ni.


Kat belakang kedai ni ada tempat diorang asingkan menatang mentarang daripada lumpur.
Sorry, takde gambar belakang kedai sbb photographer I malu2 nak snap picture.


Menatang Mentarang ni sedap!
rasa macam siput a.k.a kerang, lala, etok dan yg sewaktu dengannya.
Tapi liat sket.
Sedap sgt makan sampai macam nak tambah.
Tapi bila dah sampai ke mentarang last, rasa muak plak.
Korang pegi la rasa sendiri.
Bukannya jauh pun.
Sekinchan je...


Tips : Kalau anda seorang penggeli, jangan belek2 isi mentarang.  Sebab saya nmpak mcm bentuk dragon pun ada...



Nota kaki: 


Kepada photographer Life is Great, Enjoy to the Fullest!, sila baguskan shoot anda. Kalau tak no kawan!



Wednesday, May 2, 2012

Saya kembali

Assalamualaikum w.b.t


wah, wah! dah lama tak post cerita ceriti kat blog.
Banyak cerita sebenarnya.
Tapi tak sempat nak menulis a.k.a menaip.
terlalu banyak kerja sampai nak bernafas pun tak sempat (cewwaahhh, tipu la tu kan!)


Minggu ni saya sempat jugak bernafas sbb kawan saya akan ambik alih Degree kelas weekend nih.
So, tak payah prepare lecture note dan baca-baca buku.
Relax sketttt...


Mesti korang pelik kan, kenapa bila ada kelas je, kena prepare lecture notes?
Sebab, saya mengajar new course dan new subject.
Jadi, dah memang ditetapkan sejak azali bahawa saya adalah last minute person,
maka, segala preparation adalah last minute.
Selalu marah student sebab buat kerja last minute,
tapi sebenarnya me = to my students.
Eheh!


Ok, harap2 esok saya rajin utk update lagi.
Oh ye, sekarang saya jugak dah hire photographer utk blog ni (cewwaahh! budget macam blogger glamer kan...!)
Dan kat bawah ni adalah Photographer blog saya daripada pandangan sisi. 



Related Posts with Thumbnails