Pages

Thursday, November 29, 2012

Biasa...


Saya hanyalah perempuan biasa
yg mempunyai cita-cita setinggi bintang
di langit.
Harap2 dapat sampai ke bintang,
tapi kalau jatuh pun, jatuh ke gunung dah la...
Jangan bedebukkkk jatuh terduduk sudah...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 21, 2012

Fraser's Hill lagi

Assalamualaikum & a very good afternoon (eheh)

baru-baru ni masa cuti Deepavali + Awal Muharam kitorang pergi Fraser's Hill lagi.
Dah tak tau nak pegi mana masa cuti kan.
Lagipun Fraser's Hill tu dekat je dgn rumah.  Dalam 87 km je. Sila rujuk entry lepas la ye tentang perjalanan ke Fraser's Hill.

Suhu sejuk sangat kat sana sekarang.
Mungkin sebab musim hujan kot.
Tapi memang best!

Kitorang pergi sana just a day trip basis je.
So, around 4 pm start mendaki dari Splash Kuala Kubu Bharu dan sampai dalam 5 lebih.

Kali ni bukan nak bercerita tentang betapa indahnya Fraser's Hill tapi nak cerita misteri nusantara yg berlaku kat kitorang.
Kitorang mula bergerak turun dari Fraser's Hill pukul 2145.
Dan jalan untuk turun dah lain dari dulu.
Dulu, jalan naik dan turun adalah sama, sekarang jalan naik lain, jalan turun lain.

Turun waktu malam adalah takde orang lansung.
Just us!
Selekoh jalan turun (nama dia Jalan Gap) sgt banyak dan jalan sgt gelap.
Mulut saya memang tak berhenti baca ayat kursi.
Sangat takut tau, Tapi korang baca mesti tak rasa takut sebab saya tak pandai nak expreskan via writing.
Lepas tu kat Jalan Gap jugak ada satu jambatan.
Gelap dan saya nampak jambatan tu macam jambatan gantung.  Terbayang kalaula hujung jambatan tu patah , mesti kitorang jatuh macam tu je kan. 
Macam James Bond jatuh dari jalan keretapi lepas kena tembak dgn partner agent dia (Sila tengok Skyfall utk membayangkan babak ini ye).

Lepas tu, Bila dah sampai ke bawah, saya rasa lega sikit walaupun jalan bawah dari kaki Fraser's Hill ke Kuala Kubu Bharu pun adalah sama. Gelap dan takde lampu, still.

Saya dah tertido, tapi husband saya terdengar suara anak saya panggil dia 2 kali.
Ayah, Ayah! Sayup sayup.
Padahal anak tengah tido kat belakang.
Ok, dan dia buat tak tau.

Lepas tu bila dah takut,
tak nak balik ikut Jalan Ulu Yam - Selayang. Sebabnya jalan tu pun sama je gelap beserta dalam hutan.
Balik ikut Kuala Kubu Bharu - Tg. Malim.

Kat tepi jalan, saya & husband nampak orang tua lelaki jalan terkedek-kedek sambil pegang tongkat (masa ni saya dah bangun ye)
Bila kereta sampai dekat dgn dia, dia terus stop jalan terkedek2 dan berdiri macam patung!
Sangat pelik dan takut hokeh!

Kitorang terus pecut dan balik ikut Plus Highway.

Jarak perjalanan bukan lagi 87 km, dah boleh semayang jamak dah dan dan dan dan dan
lain kali takkan turun dari Fraser's Hill waktu malam dah (ada lain kali ke?)
Yours truly yg bergembira sebelum kejadian.

Monday, September 24, 2012

Siapa dia?

Kadang-kadang rasa mcm kenal dia.

Tapi sebenarnya tak kenal.

Siapa dia sebenarnya?

Adakah sama seperti yg dikenali?

Dalam hati selalu tertanya.

Siapa sebenarnya dia yg sebenar benarnya?

Apa sebenarnya di dalam hatinya?

Tunjukkan saya rupa sebenarmu!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, September 12, 2012

Ibu

Ibu
Saya ibu, dia ibu, kamu ibu and you bakal jadi ibu...

Kamu fikir senang jadi ibu?
Ibu buat semuanya
Ibu fikir semuanya
Untuk suami
Untuk anak-anak
Dari A sampai Z

Tapi bila ibu sakit,
semua orang serba tak kena
ye lah sebab dah takde pengurus
Semua orang kena ambik alih tugas ibu
Sediakan makanan untuk ibu
risaukan ibu
Lagi?
ape lagi ye?
Tu je? 


Bila anak-anak sakit, ibu jaga
Bila suami sakit, ibu jadi pengganti ayah,
tapi bila ibu sakit,
ibu pergi klinik sendiri, sorang-sorang.
Ibu tak bagi anak-anak ikut.
Ibu tak nak menyusahkan anak-anak.

Ibu sakit sangat,
tapi ibu tak bagitau anak.
Ibu taknak anak susah hati
Ibu taknak ganggu suami 

Ibu buat muka ceria, ibu buat muka happy

Ibu ibu ibu
Semoga kamu sentiasa berada dalam lindungan Allah.
Semoga kamu sentiasa bahagia, tenang & gembira...




Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, August 13, 2012

Ramadhan 2012

Update kali ni recycle gambar daripada instagram.

Update kali ni semuanya tentang Ramadhan.

Pegi sana pegi sini.

Makan angin sana makan angin sini.

Sambil tgk gambar sambil cerita2 okeh.

Saya rasa gambar ni cantik (sorry I syok sendiri)

Kerang-kerangan di Kuala Selangor.  Niat di hati nak berbuka di Aroma Ikan Bakar. Tapi apakan daya, sampai 6.30 petang.  Meja semuanya penuh.  Ada orang sampai nangis sebab kempunan nak makan kat Aroma.  Last2 pegi Pantai Remis (Kuala Selangor) makan seafood jugak.  Tapi kat sini semuanya bakar.  Ketam bakar, ikan bakar, kerang bakar, udang bakar (superb!)
Tauhu sumbat. RM0.50 sebijik.  Mahal!
Avocado Juice.  My must have every day favourite.
Motor ni RM17900.  Anak suka sangat. Anak nak sangat motor ni.  Mak & ayah kesat peluh kat dahi.
Spring Cleaning (Ramadhan cleaning!).  Kena cuci rumah. Husband buat gathering kawan2 sekolah dia.  Puasa + vacuum lantai + mop lantai + berus lantai + lap2 satu rumah adalah perkara yg tidak direkemen ketika bulan puasa.  Tapi turun berat badan. 
Pukul 6 lebih dah.  Lauk-lauk yg diorder tak sampai lagi.  Kejap lagi kawan2 dah nak sampai.  Panic attack!
Kami.  Kuala Selangor lagi.  Kali ni sampai di Aroma Ikan Bakar pukul 4.30 petang.  Tapi meja semuanya penuh lagi.  Nasib baik tak nangis lagi.  Last2 pegi tempat seafood bakar lagi.  Pasrah lagi...
Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, July 9, 2012

Good will come in the end

Life is full with hope and choices
Everything that happens
Happens for a reason
Patience! Is the most needed now.

Friday, July 6, 2012

Demam

Lately saya selalu tak sihat

Most of the time adalah hidung berlari

So hari ni nk try resepi

halia tua potong + perahan lemon + madu.

(semlm tanya husband, mana nk cari madu ek?)

Lepas tu sndiri yg rasa tak keruan.

Pelik!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, July 5, 2012

Down dan Fikir-Fikir

Hari ni adalah sedikit down dan banyak berfikir.
Sebab musabab down adalah tak boleh cerita.
Nanti kena marah dengan Si Proof Reader saya.


Banyak berfikir
Dalam otak ni kalau boleh tunjuk kat sini
mesti bersimpang siur jalan 
mesti boleh nampak lompatan2 sinaps pegi sana sini
trying to connect to main source.


Fikir yg pertama:


Nak hantar Afif masuk ke sekolah
tapi saya takde kekuatan
takut dia kena gigit dengan budak2 lain (oh yes, my friend's daughter selalu kena gigit dengan kawan masa kat nursery)
takut dia menangis, takde org pujuk
takut dia lari2, lepas tu jatuh..
Teruk kan saya?


Orang lain pun ada anak jugak
tapi boleh je hantar anak since baby.
(Mesti korang akan kata: "Kalau dah kiasu tu kiasu jugak!")
Banyak fikir kan!


Fikir yg kedua:


Saya nak benda tu
but I dont need that
I already have one
and obviously I really dont need that thing.
Tapi saya nak jugak!
Gila!


Down:


(Eh, tadi kata tak boleh cerita, ni cerita jugak)
Saya rasa Si Proof Reader a.k.a Photographer Blog ni a.k.a En. Tukang Belanja marah saya hari ni.
Tapi saya tak tau kenapa...


Ok, continue down sambil fikir-fikir...







Monday, June 18, 2012

Monday Blues

Kamu pernah,
alami Monday Blues mcm yg saya alami hari ni
Ikhlas cakap,
sebelum ni saya tak pernah rasa macam hari ni (workaholic la sangat kan...)


Terbayang2 muka katil yg best dan sejuk kat rumah
bestnya kalau boleh sambung tidur, golek-golek


Best jugak kalau tak kerja (ayat nak kena marah)
Eheh!


Bila dah Monday Blues,
kena la makan utk overcome the stress


Tapi tak boleh tunjuk my stock up food on the table
sebab takde camera 
takde nafsu syahwat lagi utk repair BB
Tunggu lah
Tengok lah nnti macam mana


Oh, sungguh merapu entry hari ni
Sungguh la Monday Blues nya...



Friday, June 15, 2012

Ujian

Sedang jaga exam
tiba2 dapat text msg


"Si Polan (nama tak yah reveal la eh) tenat."


Si Polan adalah my homeroom friend a.k.a my childhood friend sebab 
kitorang masuk boarding school since belum akil baligh lagi...


Si Polan memang dah ada brain tumor / brain cancer (tak berapa nak sure mana satu)
Tapi, haritu dia dah recover dah buat treatment bagai.
Tengok gambar dia kat Facebook nampak macam dah sihat.


Tapi hari ni...
Saya tak tau nak reply apa
Tak tau nak kata apa
Tapi terfikir, kesian anak isteri dia.


Haihhhh...
Saya doakan yg terbaik untuk kamu
Apa-apa pun semoga kamu tenang dan bahagia.


Dugaan kamu macam ni
Dugaan isteri kamu macam tu
Dugaan saya macam ni
Dugaan dia macam tu


Saya sangat percaya setiap dugaan yg datang kepada kita adalah 
untuk menguji ketahanan kita
untuk memperbetulkan sikap kita
untuk menempatkan kita ke tempat yg lebih tinggi


Everything happens for a reason
live it, love it, learn from it.


Percayalah...



Thursday, June 14, 2012

Tomyam Mengidam


Tomyam mengidam a.k.a tomyam seafood yg dihidangkn bersama lala
hanya terdapat di Penang
memang sedap, sgt sedap sampai rasa macam nak bungkus bawak balik
mengidam since mengandung kan Afif.

Pi nak makan kali pertama, kedai pindah
Dah tau lokasi
pi kali yg seterusnya
tutup lagi

Akhirnya bersalin dan Afif meleleh air liurnya (significant kah teori ni?)
Meleleh sampai sekarang

Baru2 ni cuba lagi
dapat makan setelah Afif dekat nak 3 thn umurnya
Calit sikit kat mulut Afif (Mak kiasu bermaharajalela lagi)

Afif mintak air sebab pedas!
Tak logik lansung tindakan...




Wednesday, June 13, 2012

Kronologi 'Musibah Saya'

Ok, ni cerita detail pasal entry 'Musibah Saya' kat bawah.
Apa yg 'Musibah Saya' sebenarnya?


Henfon jatuh dah kena gelek dgn tayar kereta atau motor.


Satu hari sebelum kejadian
saya dok cakap2 dgn kawan tentang ketidaksukaan saya terhadap Blackberry.
Sebab Blackberry kena on data service
Sebab Blackberry kena bayar sebulan RM30 untuk BBM yg dikatakan percuma
Sebab Blackberry saya takde touch screen
Sebab sebab sebab sebab sebab (Tak reti bersyukur kan!)


Hari kejadian
letak henfon di atas riba
Bila turun kereta nak tutup gate rumah (oh yes, rumah saya takde gate elektrik)
tak sedar henfon jatuh
Terus jalan pergi kerja


Bila sedar henfon takde
kelam kabut kelam kabut balik rumah
Bila sampai area rumah dari jauh 
nampak benda kaler merah tersadai lesu kat jalan tar depan rumah
Pecah sikit skrin depan
Keypad sedikit ruined


Sedih sungguh
tak tau nak cakap
Bila dah jadi macam tu baru teringat 
It was a birthday gift from my husband
Mungkin sebab dapat free
Jadi, takde perasaan untuk menghargai lansung...


Tapi saya rasa Blackberry-dengan-cover-getah ni sgt tahan lasak
skrin je yg rosak
yg lain still ok
Jadi, gunalah Blackberry.
(Penutup / kesimpulan yg tak boleh blah)






Nota kaki: Takde gambar Blackberry pecah. (Takde kamera)





Friday, June 8, 2012

Musibah Saya

Allah turunkan musibah
mungkin untuk mendidik
dan mungkin untuk balasan


Saya tak tau apa yg saya rasa sekarang
Menyesal + Sedih


Menyesal sebab terlalu sombong bila bercakap
Sedih sebab saya kehilangan sesuatu
sesuatu yg sepatutnya saya sayang,
tapi saya ignore dia


Serius, saya sangat sedih sekarang...







Tuesday, May 29, 2012

Mak Kiasu

Bawak Afif pegi playground
dengan satu tekad di hati (nak bagi dia mingle mingle dgn budak sebaya)
Utk pengetahuan umum, Afif dijaga oleh atok dan wan.
Jadi secara lansung, dia tak ber'mingle mingle' dgn rakan sebaya.

Kat playground
Afif ajak saya ikut dia
"Ibu come on, come on!"

Saya paksa dia
"Afif pegi sendiri, pegi main dgn kawan"
"Kalau tak nak main dgn kawan, kita balik rumah"

Dalam terpaksa dia pegi
Cuba buat ice breaking dgn kawan.
Ice breaking dia adalah
melompat depan kawan sambil menjerit "Huarggggghhhhh!"
dan dalam masa yg sama
kawan pun melompat ke depan Afif.
Dengan adanya pengaruh inersia maka momentum perlanggaran antara gigi Afif dengan kepala kawan berlaku.

Gigi Aifi berdarah
Kepala kawan sakit.
Afif menangis sampai selop (bahasa org utara)

Balik rumah saya menyesal
Umur Afif tak sampai 3 tahun
Saya dah suruh dia mingle mingle dgn kawan
Saya dah kiasu utk jadikan dia seorang kanak-kanak yg perfect!
Saya nak dia pandai kawan, pandai mengaji, pandai baca, pandai tulis, pandai colour.
Everybody is not perfect including my son.

Sungguh saya menyesal
Lepas ni saya takkan paksa dia pandai kawan dah.
Biarlah dia jadi dia.
Saya dah tak nak jadi mak kiasu dah.
Kesian anak saya...
I'm sorry Afif...

Mak kiasu yg menyesal...




Monday, May 28, 2012

Merajuk

Tengah lepak-lepak
rilek-rilek
sembang-sembang pasal next vacation
jalan sana jalan sini
"Saya nak pegi Pulau Sapi, nak tengok sekolah ikan" yg pompuan cakap
sembang-sembang lagi
"Sayang la duit pegi jalan2, saya nak beli kereta baru, nak cantikkan rumah" yg lelaki cakap


Tengok blog orang tu yg ada gambar cantik sgt pasal Pulau Sapi.
Yg ada sekolah ikan kat bawah jeti


Scroll gambar guna touch screen phone
Tiba2 yg lelaki ter'click' back.
Kena tunggu lagi gambar utk download semula.
Internet rumah dah la slow maha dasyat 
(Sila rujuk entry sebelum ni tentang betapa slownya internet kat rumah kitorang)


Tunggu, tunggu, tunggu punya tunggu
scroll lagi
tiba2 yg lelaki ter'click' back lagi. (atau sengaja click)


Yg pompuan tarik muka masam
merajuk
Awak tak nak pegi Pulau Sapi eh?
Awak tak nak teman saya tengok sekolah ikan kat bawah jeti eh?


Merajuk...

Ni sekolah ikan yg tak banyak. Kat bawah jeti Pulau Sapi lagi cantik dan banyak.

Friday, May 25, 2012

Kamu Pernah?

Kamu pernah?


deal dengan orang yg tak organized?
deal dengan orang yg ambik mudah mula-mula,
lepas tu kelam kabut last minute.


Kamu pernah?


buat kerja separuh hari,
kelam kabut
cancel the main task just to settle things with that last minute person or should I say the unorganized person
Lepas tu bila hantar
"ehh, kenapa u buat?"
"I dah settle kan utk u..."
"u tak payah hantar lagi yg ni, nnti I email baru u hantar ok!"


Apa yg terpancar di muka
"oooo, ye ke... terima kasih"
Apa yg ada dlm hati
"WTF, WTH, dan yg sewaktu dengannya"


Kamu pernah?


hantar kerja 
and that same unorganized person kata
"no, u tak hantar, I remember u tak hantar" (dgn-muka-konfiden-sambil-macam-nak-marah)


Balik ofis
kelam kabut reprint
re'photostat'
kelam kabut kelam kabut kelam kabut berpeluh ketiak peluh


Resend...
Nat tau apa dia kata
"I baru perasan u dah hantar utk circulation hari tu bla bla bla bla yada yada yada!"


Kamu pernah?
Bila dah tak sabar 
rasa macam nak pukul jerit kat muka orang tu?


Saya yg tgh merenung ke langit sambil berfikir destinasi percutian seterusnya... Ada kaitan kah?

Wednesday, May 16, 2012

Learned

I don't believe in good days and bad days.


I just have days when I learn a little 
and days when I learn a lot.


Today I learned a lot.


Yes, I have learned a lot today...





Tuesday, May 15, 2012

Tikusssssss, tikussssssssss

Case 1
Pagi tu lebih kurang 6.45 am
macam biasa 
dalam kereta dgn Afif on the way ke rumah Atok.


Tiba-tiba lori depan buat emergency brake
saya pun ter'emergency brake' jugak.
Afif kat dalam car seat 'terkedepan' sikit.


Tiba2 dia tanya saya
"What happen?"


Saya yg still terpisat-pisat sebab bangun awal
still mengantuk mengantuk
dok terfikir-fikir
nak jawab.


"Oh, the lorry was emergency brake"
Hahahah! sungguh la broken nya English ku...


Case 2
Bila geletek-geletek Afif
dia selalu kata
"tikusss, tikussss!"
Kami pelik
kenapa mesti 'tikusss' kalau geli?
Puas fikir
Lama jugak dok dengar
"tikusss, tikussss!"


Last2 
baru2 ni baru terpikir perkataan
'TICKLE'


Bila geli dia sebut
'tikusssss, tikussss'
(TICKLE, TICKLE!)


"Tikussss, tikusssss!"

Monday, May 7, 2012

Saya rasakan...

Saya rasa kan...
teori minum susu soya masa pregnant
adalah...
tak berapa betul...


Before ni saya adalah sgt konfiden dgn teori tuh.
Tapi sekarang tidak lagi.
Buktinya adalah seperti di bawah...

Budak yg suka main kat tengah panas!

Sunday, May 6, 2012

I vow...

I vow
to help you love life
to always hold you with tenderness
and to have patience that love demands


To speak when words are needed
and to share the silence when they're not


To agree to disagree on red velvet cake (in my case is sup ikan)
and to live within the warmth of your heart
and always called it home


I vow
to fiercely love you
in all your forms now and forever
I promise to never forget that this is a once-in-a lifetime love


And to always know in the deepest part of my soul
that no matter what challenges might carry us apart
that we'll always find the way back to each other...

Tulis kat bil Astro


Saturday, May 5, 2012

Benci hokeh!

Hari ni sgt membencikan
Tau kenapa?
Bukan benci orang
Tapi benci komputer nih!
Ni komputer yg tgh ditekan2 dadanya

komputer yg simpan segala mcm benda
komputer hitam lama nih


Komputer hitam lama nih dah delete segala file gambar & file lagu dalam henfon gua!!!
Sangat marah hokeh!
Marah kat student pun tak pernah macam nih
File lagu ok lagi.
Tapi file gambar!!!!
Ada gambar2 Afif since first day lahir!!!
Gambar bilik masa kawen
Gambar rambut cantik before kawen
Gambar Afif banyak!!!
Benci lah!


Before ni sape2 yg cucuk pendrive kat komputer hitam ni, semua file diorang kena delete.
Before ni gua rasa sikit bangga
"oh, komputer gua bagus. Protection is very the strong. Cayalah komputer hitam!"
(Mungkin sebab ada sikit ke'riak'kan di situ, maka mendapat balasan)


Dan hari ni dia delete semua file gambar kesayangan gua!


Serius marah.


Jadi, jangan kacau gua hari ni.


Komputer hitam yg bakal dihumbankan.

Friday, May 4, 2012

Kisah saya, Afif, ayah & P1

Lately, Afif ada satu hobi/minat/interest baru.
Bukan lately, dah lama sebenarnya, tapi mak ayah dia baru nak take action.


Afif suka sangat dgn trial bike.
Trial bike ni motor lompat2 naik atas batu la, mount climbing la, jalan with 1 tyre kat atas railway la.
Trial bike ni bleh buat semua.
Mak Afif pun baru tau je pasal trial bike nih.


Jadi, untuk melampiaskan (ganaskan bahasa ku!) minat Afif,
mak ayah Afif bukak video trial bike kat Youtube.
Tapi malangnya,
internet kat rumah kitorang speed download just 400 kbps jerrr.
Speed upload tak payah bgtau la, memang slow macam siput babi
Masa subscribe dulu kitorang dok cakap2
"Alaa, kita bukannya jenis yg minat sgt dgn twitter, facebook nih, tak payah ambik yg laju sgt. Jimat pun jimat!"


Bukak Youtube adalah 'slow mo' la sesangat.
Dan asyik kena dengar Afif jerit2 kat depan muka "TUNGGU! TUNGGU!" 
tunggu internet download video.


Jadi, haritu kitorang nak upgrade speed P1 kepada yg lebih laju.
Call 1st center:
"Oh, puan boleh upgrade speed P1 walaupun belum habis contract, boleh sambung je contract lama. Puan kena bayar bla bla bla bla dan akan upgrade in 24 hours!"
Ok, kami pun happy sebab dah tak payah dengar Afif jerit "Ibu, TUNGGU!" "Ayah, TUNGGU!"
Esoknya, saya bersemangat balik keje nak try internet dgn speed laju dan mengancam itu.
Afif pun dah bersedia dgn trial bike dia.


Tapi, speed haram tak upgrade lagi.
Call center balik
cakap2, bagi no akaun, bla bla bla bla lama gila (Rasanya bil telefon jadi mahal just sbb call P1 je)
lepas tu diorang boleh cakap
"Puan, mintak maaf sgt2, sistem kami tak benarkan upgrade speed selagi tak habis contract."
"Contract Puan akan habis 30 August 2012"
"Mintak maaf sgt2 utk wrong information semalam"


Dalam hati saya "Oh, sungguh WTF 'bagus' la kamu!!!" 
Dalam hati je la...


Maka dgn ini dimaklumkan bahawa mak dan ayah Afif terpaksa lagi dengar jeritan
"Ibu, TUNGGU!" "Ayah, TUNGGU" sampai bulan 8...


Sekian harap maklum...


Trial Bike, punca kejadian.  Image credited to Google.


Thursday, May 3, 2012

Pernah try Mentarang?

Mentarang atau menatang. Apakah??
Nama sebenar adalah mentarang.
Saya jumpa masa on the way balik dari Pangkor haritu.


Kalau dari Lumut, tempat jual menatang mentarang ni ada kat sepanjang jalan antara 
Sekinchan - Tanjung Karang - Kuala Selangor dan yang sewaktu dengannya.


Singgah kedai Din Menatang Mentarang Bakar.
Diorang akan bakarkan siap2 dan sediakan dessert sekali tau + layanan adalah sangat suam (warm welcoming)
beserta dgn sedikit sebanyak dialect Jawa.
Bagus betul kedai ni.


Kat belakang kedai ni ada tempat diorang asingkan menatang mentarang daripada lumpur.
Sorry, takde gambar belakang kedai sbb photographer I malu2 nak snap picture.


Menatang Mentarang ni sedap!
rasa macam siput a.k.a kerang, lala, etok dan yg sewaktu dengannya.
Tapi liat sket.
Sedap sgt makan sampai macam nak tambah.
Tapi bila dah sampai ke mentarang last, rasa muak plak.
Korang pegi la rasa sendiri.
Bukannya jauh pun.
Sekinchan je...


Tips : Kalau anda seorang penggeli, jangan belek2 isi mentarang.  Sebab saya nmpak mcm bentuk dragon pun ada...



Nota kaki: 


Kepada photographer Life is Great, Enjoy to the Fullest!, sila baguskan shoot anda. Kalau tak no kawan!



Wednesday, May 2, 2012

Saya kembali

Assalamualaikum w.b.t


wah, wah! dah lama tak post cerita ceriti kat blog.
Banyak cerita sebenarnya.
Tapi tak sempat nak menulis a.k.a menaip.
terlalu banyak kerja sampai nak bernafas pun tak sempat (cewwaahhh, tipu la tu kan!)


Minggu ni saya sempat jugak bernafas sbb kawan saya akan ambik alih Degree kelas weekend nih.
So, tak payah prepare lecture note dan baca-baca buku.
Relax sketttt...


Mesti korang pelik kan, kenapa bila ada kelas je, kena prepare lecture notes?
Sebab, saya mengajar new course dan new subject.
Jadi, dah memang ditetapkan sejak azali bahawa saya adalah last minute person,
maka, segala preparation adalah last minute.
Selalu marah student sebab buat kerja last minute,
tapi sebenarnya me = to my students.
Eheh!


Ok, harap2 esok saya rajin utk update lagi.
Oh ye, sekarang saya jugak dah hire photographer utk blog ni (cewwaahh! budget macam blogger glamer kan...!)
Dan kat bawah ni adalah Photographer blog saya daripada pandangan sisi. 



Thursday, March 15, 2012

Tulis Delete

Tulis delete


Tulis delete


Tulis delete


Banyak kali dah jadi mcm nih.


Lain kali lah cerita...


Babai

Tuesday, February 21, 2012

The Beauty In You

How beautiful we are being
determined by the way we carry ourselves.


Even though we don't follow the latest trend or fashion,
we still look good with clothes that cover our body.


Even though we don't have a good-looking-perfume-model-face,
we also smell good with our PLEASANT ATTITUDE.


Even though we don't know how to put on attractive make up, we may captivate people 
with our genuine smile and wise words.


Afterall nobody is ugly except our attitude that makes us look so.


So, behave and the beauty will shine in your face...

Friday, February 3, 2012

Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary

Ok, dah lama tak update blog.
Bz, yup!
Besides, there's so many things happened here and there.


So, me and my little family escaped from this 'cruel' KL heading East to Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary just to be or spend our precious time together with the elephants.


If you want to know how to get there just click at this awesome blog by The Elephant man himself http://www.myelephants.org/


For us, this elephant sanctuary is a very sincere tourist spot since you don't have to pay anything only bring some donations and you will be entertained by those cute-but-gigantic elephant themselves.


For now, they really need beras instead of Dumex Dugro milk.  So, animal lovers lets spend your weekend with these orphan elephants and bring some donations ya!
Its just a day trip and be there at 1 pm since all the activities (video shows, elephant feeding, elephant shows, riding the elephant and bathing with the elephant) will be started at 1 o'clock.
But, I suggest you to call the sanctuary first before you start the journey because the bathing with elephant activity is only in the dry season.
We don't get the chance to do the activity since it was raining the day before!


So, enjoy the piccas folks! ;)

Welcome to Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary
Please get the yellow sticker The Kid's wearing at the registration
The Kid was urging me to take his picture here together with the elephants
The Program
Cara-cara membuntingkan gajah! No, its just the elephant's mating season.
The Bone
Peanut's throwing session I
Slimy trunk!
The Tourists, no can't find Johnny Depp here. 
Slimy trunks II
Peanut's throwing session II
Elephants were moving freely in this sanctuary but only with the presence of their trainer!
Sleepyhead, no! He just need a bath before the show begin.
And the show has begun!
The Kid in attempt to run away because he is so afraid of that gigantic elephant.
The man and the ear.
Elephant Ride
Sexy elephant ride.  Why I called this sexy is because they never use any saddle for the passenger.

Related Posts with Thumbnails