baru-baru ni masa cuti Deepavali + Awal Muharam kitorang pergi Fraser's Hill lagi.
Dah tak tau nak pegi mana masa cuti kan.
Lagipun Fraser's Hill tu dekat je dgn rumah. Dalam 87 km je. Sila rujuk entry lepas la ye tentang perjalanan ke Fraser's Hill.
Suhu sejuk sangat kat sana sekarang.
Mungkin sebab musim hujan kot.
Tapi memang best!
Kitorang pergi sana just a day trip basis je.
So, around 4 pm start mendaki dari Splash Kuala Kubu Bharu dan sampai dalam 5 lebih.
Kali ni bukan nak bercerita tentang betapa indahnya Fraser's Hill tapi nak cerita misteri nusantara yg berlaku kat kitorang.
Kitorang mula bergerak turun dari Fraser's Hill pukul 2145.
Dan jalan untuk turun dah lain dari dulu.
Dulu, jalan naik dan turun adalah sama, sekarang jalan naik lain, jalan turun lain.
Turun waktu malam adalah takde orang lansung.
Just us!
Selekoh jalan turun (nama dia Jalan Gap) sgt banyak dan jalan sgt gelap.
Mulut saya memang tak berhenti baca ayat kursi.
Sangat takut tau, Tapi korang baca mesti tak rasa takut sebab saya tak pandai nak expreskan via writing.
Lepas tu kat Jalan Gap jugak ada satu jambatan.
Gelap dan saya nampak jambatan tu macam jambatan gantung. Terbayang kalaula hujung jambatan tu patah , mesti kitorang jatuh macam tu je kan.
Macam James Bond jatuh dari jalan keretapi lepas kena tembak dgn partner agent dia (Sila tengok Skyfall utk membayangkan babak ini ye).
Lepas tu, Bila dah sampai ke bawah, saya rasa lega sikit walaupun jalan bawah dari kaki Fraser's Hill ke Kuala Kubu Bharu pun adalah sama. Gelap dan takde lampu, still.
Saya dah tertido, tapi husband saya terdengar suara anak saya panggil dia 2 kali.
Ayah, Ayah! Sayup sayup.
Padahal anak tengah tido kat belakang.
Ok, dan dia buat tak tau.
Lepas tu bila dah takut,
tak nak balik ikut Jalan Ulu Yam - Selayang. Sebabnya jalan tu pun sama je gelap beserta dalam hutan.
Balik ikut Kuala Kubu Bharu - Tg. Malim.
Kat tepi jalan, saya & husband nampak orang tua lelaki jalan terkedek-kedek sambil pegang tongkat (masa ni saya dah bangun ye)
Bila kereta sampai dekat dgn dia, dia terus stop jalan terkedek2 dan berdiri macam patung!
Sangat pelik dan takut hokeh!
Kitorang terus pecut dan balik ikut Plus Highway.
Jarak perjalanan bukan lagi 87 km, dah boleh semayang jamak dah dan dan dan dan dan
lain kali takkan turun dari Fraser's Hill waktu malam dah (ada lain kali ke?)
Yours truly yg bergembira sebelum kejadian. |
0 comments:
Post a Comment