Pages

Tuesday, May 29, 2012

Mak Kiasu

Bawak Afif pegi playground
dengan satu tekad di hati (nak bagi dia mingle mingle dgn budak sebaya)
Utk pengetahuan umum, Afif dijaga oleh atok dan wan.
Jadi secara lansung, dia tak ber'mingle mingle' dgn rakan sebaya.

Kat playground
Afif ajak saya ikut dia
"Ibu come on, come on!"

Saya paksa dia
"Afif pegi sendiri, pegi main dgn kawan"
"Kalau tak nak main dgn kawan, kita balik rumah"

Dalam terpaksa dia pegi
Cuba buat ice breaking dgn kawan.
Ice breaking dia adalah
melompat depan kawan sambil menjerit "Huarggggghhhhh!"
dan dalam masa yg sama
kawan pun melompat ke depan Afif.
Dengan adanya pengaruh inersia maka momentum perlanggaran antara gigi Afif dengan kepala kawan berlaku.

Gigi Aifi berdarah
Kepala kawan sakit.
Afif menangis sampai selop (bahasa org utara)

Balik rumah saya menyesal
Umur Afif tak sampai 3 tahun
Saya dah suruh dia mingle mingle dgn kawan
Saya dah kiasu utk jadikan dia seorang kanak-kanak yg perfect!
Saya nak dia pandai kawan, pandai mengaji, pandai baca, pandai tulis, pandai colour.
Everybody is not perfect including my son.

Sungguh saya menyesal
Lepas ni saya takkan paksa dia pandai kawan dah.
Biarlah dia jadi dia.
Saya dah tak nak jadi mak kiasu dah.
Kesian anak saya...
I'm sorry Afif...

Mak kiasu yg menyesal...




Monday, May 28, 2012

Merajuk

Tengah lepak-lepak
rilek-rilek
sembang-sembang pasal next vacation
jalan sana jalan sini
"Saya nak pegi Pulau Sapi, nak tengok sekolah ikan" yg pompuan cakap
sembang-sembang lagi
"Sayang la duit pegi jalan2, saya nak beli kereta baru, nak cantikkan rumah" yg lelaki cakap


Tengok blog orang tu yg ada gambar cantik sgt pasal Pulau Sapi.
Yg ada sekolah ikan kat bawah jeti


Scroll gambar guna touch screen phone
Tiba2 yg lelaki ter'click' back.
Kena tunggu lagi gambar utk download semula.
Internet rumah dah la slow maha dasyat 
(Sila rujuk entry sebelum ni tentang betapa slownya internet kat rumah kitorang)


Tunggu, tunggu, tunggu punya tunggu
scroll lagi
tiba2 yg lelaki ter'click' back lagi. (atau sengaja click)


Yg pompuan tarik muka masam
merajuk
Awak tak nak pegi Pulau Sapi eh?
Awak tak nak teman saya tengok sekolah ikan kat bawah jeti eh?


Merajuk...

Ni sekolah ikan yg tak banyak. Kat bawah jeti Pulau Sapi lagi cantik dan banyak.

Friday, May 25, 2012

Kamu Pernah?

Kamu pernah?


deal dengan orang yg tak organized?
deal dengan orang yg ambik mudah mula-mula,
lepas tu kelam kabut last minute.


Kamu pernah?


buat kerja separuh hari,
kelam kabut
cancel the main task just to settle things with that last minute person or should I say the unorganized person
Lepas tu bila hantar
"ehh, kenapa u buat?"
"I dah settle kan utk u..."
"u tak payah hantar lagi yg ni, nnti I email baru u hantar ok!"


Apa yg terpancar di muka
"oooo, ye ke... terima kasih"
Apa yg ada dlm hati
"WTF, WTH, dan yg sewaktu dengannya"


Kamu pernah?


hantar kerja 
and that same unorganized person kata
"no, u tak hantar, I remember u tak hantar" (dgn-muka-konfiden-sambil-macam-nak-marah)


Balik ofis
kelam kabut reprint
re'photostat'
kelam kabut kelam kabut kelam kabut berpeluh ketiak peluh


Resend...
Nat tau apa dia kata
"I baru perasan u dah hantar utk circulation hari tu bla bla bla bla yada yada yada!"


Kamu pernah?
Bila dah tak sabar 
rasa macam nak pukul jerit kat muka orang tu?


Saya yg tgh merenung ke langit sambil berfikir destinasi percutian seterusnya... Ada kaitan kah?

Related Posts with Thumbnails