Pages

Thursday, December 29, 2011

Magic!

Pernah tak while driving kamu terserempak dgn
seorang Pakcik yg dah berumur, driving an old BMW berapa series saya tak tau.
Driving slowly in the fast lane like a boring old man 
(such the expression might says "come on, give me one damn hot girl and I'll cheer up!)
This Pakcik probably out during his lunch hour,
nowhere to go.


The main thing is 
I was also driving, already cilok mencilok 
and was successfully potong that Pakcik.
This happen at Jalan Parlimen on the way to Jalan Semantan, KL.


While driving I was humming the Adele song and
suddenly I nampak that old-BMW-with-bored-driver was right behind me!
Terkejutnya saya!
Rasanya saya dah bawak kereta laju-laju dan cilok-cilok dah!
Macam mana Pakcik boleh selamba je follow belakang saya?


That's what I called MAGIC!



Friday, December 23, 2011

Can you keep a secret?

Currently I'm reading this whole of Sophie Kinsella's
Can you keep a secret?
Yes, I am not the-up to date-novel-person!


Hahahahahha!
This book is hilarious plus it makes me falling in love again!
With all the adrenaline and the love hormones!
The best among all.


Seriously, Im falling in love again! 


Footprints In The Heart

Funny how some people leave their 
footprint in your heart.  Either they;


Teach you to see the world in different perspective,
And wonder how you never noticed it.


Open your eyes to new ideas,
Which you thought were impossible.


Leave you with memories,
Ones you don't know to cherish or to 
forget because no matter how good or
bad they were, the person is not here anymore


Leave you with a big wound inside,
Gaps that take forever to heal where
occasional Skype won't make them any better


Funny how some people just leave


The end
.........................................................................................


I love this receipt story and make a copy so that if I lost the receipt that I might not forget the story.    

Thursday, December 22, 2011

Mengumpat

Mengumpat memang sedap best
Tapi haram!
Tapi benda haram memang sedap best kalau buat
sebab sentiasa ada bisikan syaitonnirrajim dok kata
"Mengumpat la, mengumpatla. Mengumpat itu best!"


Tapi macam mana dgn perangai manusia yg mengundang umpatan?
Macam mana kalau tak tahan sgt dgn perangai yg hodoh itu?
Macam mana kalau tak tahan sgt nak tengok tingkah laku, memek muka 
yg macam haram jadah 'best' itu? (Ni mesti akan kena edit ni nanti)


Adakah perlu menjadi baik seperti Dhia dalam drama petang2
atau jadi terrrlalu baik seperti Izzah dalam Ombak Rindu yg sememangnya tak kisah apa orang kata?


Satu perkataan yg akan diingat sampai bila-bila adalah
'Kita kerja sebab duit, sebab apa kau kerja? Sebab duit kan!
Duit duit duit!'


You are so wrong kawan...
Put your heart into your work,
Give full effort into your work,
Show some keikhlasan
Money will come later
Not just money, lots of money.


I really hope that you found this blog and read this.
Please change.
But it is damn hard to change others.
So, I guess I need to change myself first.
Upon changing, I'm not going to say anything to you...


Haihhhhh...



Wednesday, December 7, 2011

Lagi Trip ke Kuching

This was my last visit to Kuching for this semester and hopefully I will again be teaching them for the next semester.
The trip this time was enjoyable since I brought along my two boys.
Tengok pictures sambil cerita2 okeh!

Naik flight adalah tak sah kalau tak ambik gambar.  Kenapa eh?
Day 1 : The deck of Sarawak River Cruise at Waterfront, Kuching.  Cruising along the river which bring us to the historical landmark of Kuching including the mansion of Chief Minister of Sarawak.
Landmark : Dewan Undangan Negeri dan En. Tukang Belanja interframe.
Landmark kedua, Hahahahha! Bukan! This is The Kid goofing around the cruise running, jumping and climbing and also asked for a fishing rod!
Its not that I intended to leave The Kid from taking the picture together but he keeps running in circle and get involved in my picture. Anak dan ayah memang suka interframe. Hahahahh!
The scenery. Very soothing tau plus passengers will be provided with cakes and juices. Rasa macam tengah criuse kat River Nile pun ada.  Next Landmark : Astana. Tu yg kecik kaler putih kat hujung tu.
Sarawak's pribumi culture show on the deck.  Maafkan jejaka yg also interframed into our picture. Gambar ni je yg clear.
Dayak yg sedang mencari target utk menyumpit.  Sexy okeh!
Day 2 : Gunung Santubong. Puteri Santubong Puteri Sejinjang, penjaga gunung negeri Sarawak sila sambung nyanyi.
Pantai Kampung Santubong.  Kat sini kan rasanya macam takde pencemaran lansung (cewwaaah! mana tau?)  Berjaya sampai ke sini sebab sesat. Tak guna GPS sebab memang takde GPS.  Guna conventional method iaitu tanya orang.
Santubong from the tak tau lah view dari arah mana.
Insisting on going to the sea.
Saya suka gambar ni.  Saya nampak kurussssss!
Ombak Jahat!
Suka jugak gambar ni.  Kalau ada kamera DSLR msti laaaaaaaaaagi cantik gambar ni. Kan En. Tukang Belanja kan....!! (Hinting)
Sarawak Cultural Village.  Tak sempat tengok persembahan Dayak yg sexy.  Masa ni semua org including me dah penat dan tak larat nak amik gambar.
Gambar tangga rumah kaum apa ntah.  


Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Muda!

Yay!
Kita menang!
Malaysia menang!


Saya, En. Tukang Belanja & The Kid
pi tengok bola kat McD RV (Rendezvous; yup, we have our own family lepak place)
Bukan kat stadium


Tapi feeling nya adalah the best.
Rasa macam kat stadium.
Kalau kat stadium lebih feel kot.


Syabas Malaysia!
Tahniah Malaysia!
Malaysia Boleh!


The best part is jerit-jeritan tanpa mengawal paras suara ataupun segan silu.
Masa score utk 2nd Malaysian goal
saya jerit gila2
lepas tu ada budak kat meja sebelah cakap
"Kak, bola tu off site kak!"
Serius malu!

Suasana menonton yg agak tenang masa ni.  Gambar diambil adalah secara curi2.
The Kid yg tido dan bangun semula bila dengar semua org jerit masa penalti.  

Thursday, November 17, 2011

Thank You


Dia,
bukan yg kaler purple, kuning atau hijau
Bukan, bukan!


Dia yg kaler pakai baju kotak-kotak.
Semalam panjat-panjat kerusi
cuba nak capai jam dinding


Tiba-tiba dia cakap


I cant reach!
I cant reach!


Huh!
Saya, kami, kitorang terkejut.


Saya tanya-tanya.
Sape yg ajar dia ckp mcm tu?
Semua org ternganga dan geleng.


Tapi saya tau,
sapa cikgu yg mengajar dia.

Thank you Special Agent OSO!

Monday, November 14, 2011

Tension II atau Tension Lagi atau Tension sungguh

Kalau En. Tukang Belanja baca ni mesti dia marah + bebel2.
"Awak ni, mana boleh tulis kat blog pasal kerja! Nnti orang College 'Tut' baca macam mana?"
Pot Pet Pot Pet! Bla! Bla! Bla! (Hehehehe... Sorry En. Tukang Belanja!)
Takpe, sekarang post dulu, nanti bila bebelan bermula maka akan save as draft post ni.


Sekarang, hari ni, saat ni,
GUA TENSION LAGI.
Tak habis2 tension kan gua ni.
Lantak la.
Tapi gua memang tension.



Sekarang gua mengajar paper
Biochemistry - Student ada 2 bahagian Kuching & Semenanjung.
Toxicology
Microbiology
Chemistry


Biochem - paper student gua tak mark lagi.  Assignment tak mark lagi.
Toxicology - lecture notes berlambak2 tak siap lagi.  Weekend ni ada kelas! Tidakkkk!
Microbiology - Gua tak request lab person utk setting lab experiment lagi.  Asyik lupa je.
Chemistry - Lecture notes berlambak2 tak siap.  Nasib baik Kakak Ketua always be there for me.  A shoulder to cry on for me.  Kakak Ketua tolong gua buat sikit.


Sekarang gua tengah tension dgn lecture note Toxicology.
Toxic! Toxic! Toxic!
Otak gua pun dah berasap dgn Toxic dah ni!
Serius berasap!



Thursday, November 10, 2011

Tension!

Sementara nak tunggu kelas at 11.30 am harini, 
gua update 2 citer dalam 1 hari.
Sekarang gua tengah tensen.
Korang pernah tak rasa tensen macam yg gua rasa sekarg.
Tapi serius, sekarag gua memang tensen!!!!!!!!!
Kenapa gua tensen?
Sebab, baru2 ni adalah raya haji.
Hari raya, kita semua memang tau hari raya macam mana kan.
Kalau takde baju raya, seluar raya, kain raya, tudung raya, seluar dalam raya, takpe tak kisah.
Tapi kalau takde rendang ketupat lemang raya memang tak sah kan.


Raya Haji baru ni, mak gua terlebih rajin.
Dia masak rendang ayam pencen 3 ekoq, tapai pulut satu talam (ni bukan mak gua buat, dia tempah),
ketupat pulut daun palas gua tak tau berapa kilo.


Jadi, bila ada time makan sedap especially makan free mcam ni, nak tolak ke?
Gua dgn laki gua memang makan banyak gila gila pun tak makan banyak cam kitorang.
Mak gua dah jeling2 dah kat gua dan laki gua termasuk rendang ayam dalam kuali.
Tapi gua tak bleh tahan! 


Lepas raya pulak,
gua cuti panjang.
Makan laki lagi.
Sebab laki gua memang jenis yg kaki makan.
Tapi dia untung sebab tak gomok!
Yg gomok gedempol adalh GUA!


Semalam last day cuti.
Makan lagi! 
Daripada gua adalah jenis yg malas masak,
dipaksa masak oleh laki gua.
Maka, lepas masak, apa lagi!
MAKAN LAGI!
Hari ni start keje 
makan lagi!
Kejap tadi kakak ketua dan jiran gua ajak pi makan McD plak!
Gilo apo!
Tensen kan!


Last sekali nikmatilah gambar gua tengah enjoy makan maggi cap tomyam ni.
Babai!


Afif Potong Rambut

Kali pertama potong rambut di kedai.
Mula2 saya cuak jugak, sebab Afif adalah seorang yg lasak & susah nak proses dia ni.
Tapi, bila pi kedai gunting rambut, dia cool je.
Mak & ayah yg cuak + risau.

Sebelum diproses.
Masa ni dia dah nak tertidur dah.
Kesian bila tengok rambut dah jadi nipis. Rasa macam menganiaya anak sendiri plak.
Kepala Afif dipegang mudah oleh Uncle Don potong rambut.



Tuesday, November 1, 2011

Entry hari Selasa


Nampak?
Kawan saya kata "makan macam pekerja sawah!"
Takpe tak kisah.
Suka makan.
Tu je...

Thursday, October 27, 2011

Saya Survived!

Saya survived!
Dah nearly 2 weeks maid balik Indon Bandung.
Dan dah nearly 2 weeks saya buat kerja rumah sendiri.


First day : macam nak terpatah pinggang saya.  Basuh kain, sidai kain dsb.


First week : Peluh mencurah2 kat badan muka masa vacuum lantai.
Berpeluh2 jugak saya pagi2 angkut barang2 anak masuk kereta utk hantar ke Sg. Buloh.


Second week : Mula melipat baju setelah 2 thn lebih saya tak buat kerja tu!
2 tahun tau saya tak lipat baju! Apa la yg saya buat selama ni!


Malam, kalo en. Tukang belanja shift malam, its just me and kid at home.
Sebenarnya ni lah yg paling mencabar sbb saya adalah seorang yg sgt penakut!
But we both survived the nights! yay!


Secara summarynya, SAYA SURVIVED! Kalau the maid tak datang balik pun takpe.
Kenapa zaman dulu mak-mak kita boleh je survived 
Ada anak ramai, menjahit, tanam padi, masak, basuh baju tak pakai mesin basuh bagai?


Kalau mak-mak kita boleh, saya pun boleh!
Malaysia Boleh!
Saya boleh!
Tapi bila malam, tido ternganga tak sedaq habaq!

Monday, October 24, 2011

Makan-makan lagi!

Hari Rabu cerita pasal makan mee udang di Kuala Sepetang
.
.
.
.
.
.
.
Hari Sabtu cerita pasal makan megi di opis sorang2
.
.
.
.
.
.
. Hari ni cerita pasal makan kuaci
.
.
.
Nampak sangat stok kewangan semakin berkurang takde keje boss takde!


Jemput makan kuaci sume!







Saturday, October 22, 2011

Kerja, Sedih dan Kecik Hati

Hari ni hari Sabtu.
Kena kerja 1 hari suntuk
pagi petang
Sedih...
Tinggal laki anak


Tapi takpe la
demi anak bangsa
demi tugas pada negara
Takpe


Tapi
ada kecik tahi hati dgn student
sedikit sensistip hari ni
mungkin di hujung2 bulan macam ni kot...


Takpe la
saya maafkan awak...


Jom makan megi!
:)

Sedap jugak megi cap tomyam ni! Sedap sehingga menjilat jari.

Wednesday, October 19, 2011

Makan-makan

Jangan marah eh,
hari ni curi2 waktu lunch hour update blog.
Tak pegi lunch sbb I diet dah makan nasik setambun dah pagi tadi.
Ok, tengok gambar dulu eh!


1 mangkuk RM12. Dalam mangkuk ada 5 ekor udang.


Kalau nak 8 ekor satu mangkuk, sila ambil yg harga RM10. Udang adalah kecik sket!
Boleh pilih nak udang bela atau udang laut. Ada udang sungai ke? Ada, udang galah!


Nama samaran : Mee Bandung


Nama sebenar  : Mee Udang Kuala Sepetang (Sila Google kalau tak tau Kuala Sepetang 
                              kat mana)


Nama tuan punya kedai : Mak ngah 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Makan udang sampai buat janji tak nak makan udang dah utk sebulan!





Not Really Wordless Wednesday

Us with two Aussies Bikers at KLCC motorbike shows


My son was really excited about machines and bikes.
He is the one who urged us to watch the motorbike show and wanted to take picture of bikes actually not the bikers!

p/s : Tujuan emaknya berkebaya bagai adalah kerana baru balik dari kenduri kawen...

Thursday, October 13, 2011

Lagi cerita pasal Si Lahabau

Semalam petang, 
sampai rumah dalam pukul 6.30 petang.


Sempat sembang2 dengan En. Rosli (new neighbour) sebelah rumah.
Dia bagitau sebenarnya Lahabau-Lahabau jahat tu try nak masuk rumah dia jugak.
Dia tengok through cctv belakang rumah dia around pukul 5 pagi!
Ada 3 orang, tapi muka tak clear.


Engsel tingkap belakang rumah dia pun patah sama macam rumah kitorang.
Bila percubaan utk masuk ke rumah saya dan rumah En. Rosli gagal,
Lahabau2 tu pi masuk rumah hujung.
Grill bunga2 wrought iron dibengkokkan.


Bila alarm rumah hujung bunyi,
tuan rumah ingatkan sebab maid dia ada di bawah.
So, diorang tutup alarm di atas dan turun ke bawah lepas tu.
Bila turun bawah, nampak 3 org Lahabau dan 
Lahabau tu hulurkan parang ke leher!


Takut sungguh saya dengar cerita tu.
Tapi Alhamdulillah diorang tak masuk ke rumah kami.
Polis tak mau bagitau bangsa Lahabau2 tu.
Mula2 saya dan husband relax lagi sebab ingat kan drug abuser yg biasa2 je.
Rupanya adalah penyamun parang tongkol!
Takut sungguh!
Semoga Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga.
Sekarang ni kami hanya mampu bertawakkal dan berserah pada Allah saja.
Hanya Dia saja yg utama bertindak sebagai pelindung...

Wednesday, October 12, 2011

Cerita Baru Lagi...

Hari ni patutnya Wordless Wednesday.
Tapi takpe la, nak cerita jugak.


Last week adalah week terpenat dalam donia.
Start Senin saya kena pi Penang 3 hari.
Senin - Kawan2 berjimba ria kat Penang, saya berjimba demam, tak boleh bangun.
Selasa - Baru boleh bangun dari katil
Rabu - Balik KL.


Khamis - cuti-basuh baju-manjakan laki anak-melepaskan rindu kat laki anak


Jumaat - Terbang ke Kuching lagi sampai hari Ahad
              Kerja-kerja-kerja sambil nangis!
              Uwaaaaaaaaaa!


Hari Senin, Selasa, Rabu saya takde rumah.
Hari Jumaat pagi pukul 4 pagi maid saya nampak ada orang suluh guna torchlet kat bilik dia.
Lepas tu dia dengar bunyi ketenggggggg!!!


Bagitau pada en. Husband.
En. Husband kata
"ohhh, bagusnya. Tu mesti RELA buat round kat belakang rumah!
Ohhh, positif sungguh la laki ku!
Bila check, siap ada tapak kasut, ada rumput rumpai bekas orang panjat gate belakang rumah!


Mesti Si Lahabau tu dah target rumah gua sebab gua takde kat rumah lama...


Sampai hari ni gua fobia okeh!
Tido malam gua siap mimpi2 dan selalu terbangun tengah malam!
Lahabau punya Lahabau!



Saturday, October 8, 2011

Aaaaaaaa! God I miss home!



Im away again!
And God I miss home very much!
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Thursday, September 29, 2011

Beraya di Zoo Negara

Backdated entry.
Raya ke 5, tak tau nak pegi beraya rumah sapa sebab korang tak jemput
maka, we all sefamily melangkah gagah menuju ke
Rumah Haiwan Zoo Negara.


Zoo Negara adalah macam biasa,
penuh dgn menatang haiwan
haiwan besar haiwan kecik sume ada.


So, tu je nak cerita.
Let pictures tell the rest of the story.

Zoo Negara Amphitheatre
Sea lion sedang menunjukkan kehebatan. Masa kat sini rasa macam ada kat Gold Coast plak. Tapi kat sini takde dolphin.
En. Tukang Belanja dan Parrot idamannya.  Dia mengidam nak bela parrot macam tu kat belakang rumah.
Afif kata ini Zebra...
Si Bulat buah tembikai dan anaknya
Gajah ni pandai posing okeh! Kalau diorang tengok banyak camera, diorang akan posing macam2 gaya and this is one of it!
Sesi menyerah diri kepada taik najis burung.  Nampak macam best, tapi sebenarnya burung dah bagi 'penghormatan' kat diorang.
Si bulat buah tembikai dan anaknya.  Tapi Si bulat takde kena taik najis burung ye...

Monday, September 26, 2011

Kalaulah...

Kalaulah
boleh pengsan
dah lama saya pengsan


Kalaulah 
boleh tido sekarang
kan best!


Kalaulah
otak ni macam external hard disk
boleh delete mana2 yg nak
kan best!


Kalaulah 
tak payah kerja
tapi dapat duit
kan best!


Kalaulah boleh makan banyak,
tapi tak gemuk
laaaaaaaaaaaaaaagi best!
Tak payah fikir gemuk!


Kalaulah
Kalaulah
Kalaulah...



Saturday, September 24, 2011

Kuching lagi...

Hi again Kuching.
We meet again.
This time is the ad hoc changes in the timetable.
We are supposed to be coming alone to Kuching as our boss-is-a-very-kind-boss
since he allowed us to bring our family for makan angin.
Tapi tak jadi bawak family and takut nak berada di Kuching sorang2,
the timetable has to be changed!
Me and kakak ketua again in Kuching!

Kuching as usual, quite not an interesting place to visit compare to Kota Kinabalu
since I am a very 'beachy' and island hoping person.

Masa di KL I am not in the very of mood of shopping in Kuching sebab raya kan baru lepas, so kedudukan kewangan adalah berada di paras kehidungan.

Tapi,
kakak ketua telah meng'induce' saya utk membeli belah jugak!
Tak tahan sungguh la tengok t-shirt kucing yg comel2.
Tu tak tengok fridge magnet lagi.
Banyak betul!

Tapi lagi,
kali ni saya tak borong dan tak rasa kek lapis dah!
was was + tak sanggup walaupun orang kata dah disamak
segenap kedai.

Now, Im staying in the office waiting for my next 2 hours
class dan lepas tu boleh chow balik KL.

Tapi lagi,
episode Kuching tidak berakhir di sini.
Ill be here again in 2 weeks time!
Till then,
see u again Kuching and please design the new t-shirt for me
so that I can shop when I get here!
Chowww!

Tuesday, September 6, 2011

Album Raya 2011

Aidilfitri baru ni (2011) kitorang beraya di Penang.
(Saje je nak keep the record in the blog utk masa hadapan)
Hehehehhe..
Gambar tak byk, tapi berjaya ambil gambar dgn semua orang faced to the camera!
Hooray!

Gambar 3 orang... Apa motif en.Tukang Belanja duduk tegak macam tu? Tiada jawapan yg original dapat diberikan.

Dan ehemm ehemm. Gambar pengantin lama. Serta apa motif Si tukang tulis berdiri sambil tertunduk kepala sedikit ke bawah? Tiada jawapan yg original dapat diberikan. Ehh, korang perasan tak kaler baju En. Tukang Belanja sama dgn kain langsir! Kaler blend gitu!
Related Posts with Thumbnails