Pages

Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

Entry hari Selasa


Nampak?
Kawan saya kata "makan macam pekerja sawah!"
Takpe tak kisah.
Suka makan.
Tu je...

Wednesday, October 19, 2011

Makan-makan

Jangan marah eh,
hari ni curi2 waktu lunch hour update blog.
Tak pegi lunch sbb I diet dah makan nasik setambun dah pagi tadi.
Ok, tengok gambar dulu eh!


1 mangkuk RM12. Dalam mangkuk ada 5 ekor udang.


Kalau nak 8 ekor satu mangkuk, sila ambil yg harga RM10. Udang adalah kecik sket!
Boleh pilih nak udang bela atau udang laut. Ada udang sungai ke? Ada, udang galah!


Nama samaran : Mee Bandung


Nama sebenar  : Mee Udang Kuala Sepetang (Sila Google kalau tak tau Kuala Sepetang 
                              kat mana)


Nama tuan punya kedai : Mak ngah 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Makan udang sampai buat janji tak nak makan udang dah utk sebulan!





Monday, January 24, 2011

Episod Makan-makan

Minggu ni adalah kureng bz, so bleh buat entry baru yg dah lama terkepam.
Entry kali ni adalah entry try makan kat tempat baru.
First, kitorang try Restoran Kunang-Kunang kat tepi MRR2. 
Restoran ni sgt exotic, macam kunang-kunang sbb byk lampu! Kalau waktu siang mesti tak nampak kunang-kunang kan! hehehehe, gua exaggerate! 
En. Hubby makan spaghetti, which is kureng sedap.  Lain kali makan makanan Malaysia ye En. Hubby...
Afif adalah super lasak, maka tak sempat nak ambik gambar food.
Pulun2 makan, pastu balik!

Korang pernah try Wong Solo tak?
Saya first time try Wong Solo masa pi honeymoon kat Bali dulu.
Masa tu kat Bali susah nak cari food halal diorang makan babi guling, tiba2 terjumpa 
Wong Solo.
Sedap! Suka! Yummy! Delicious!
Wong Solo kat Indon adalah lebih sedap daripada kat sini.
Tapi boleh la mengubat kerinduan zaman2 honeymoon dulu...

Si Kunang-Kunang
Anak & Bapak
Wong Solo Kampung Baru
Figure sekarang adalah berbeza dgn zaman honeymoon... :P
Dalaman Wong Solo
Bapak yg keletihan!
Anak yg sgt aktif!
Cuba menunkukkan kegembiraan makan di Wong Solo tempat mak bapak dia honeymoon dulu.

Thursday, December 30, 2010

Makan2 Lagi (Entry Terlambat)

Last Friday pergi lunch dgn HRA kat Midvalley.
Currently, Midvalley adalah 'my second office'.
Sempena hujung tahun camni, orang-orang yg dah habis cuti tahun (macam saya) akan pergi
berjimba ria ke Midvalley during office hours...


Kitorang tak tau nak makan kat mana kali ni since Midvalley was packed with shoppers.
Tempat paling agak 'cool' dan vacant seat adalah Pizza Hut.
Pizza Hut pun oklah as long as boleh bergossip & bersuka ria...


Saya dan HRA yg comel. Suke la dating dgn ko...
Gambar sendiri wajib ada...
Garlic bread yg keras, baling kat kepala kawan, kawan buleh pengsan...
Salad (Coleslaw yg kering, tak byk mayonnaise, tak sedap!)
Ini Spaghetti Spicy Arabiata yg tak berapa nak spicy. 
Ini adalah Fettucini Creamy Carbonara. Tak tau sedap ke tak sebab tak makan.

PS: semua gambar diambil dari blog HRA...

Thursday, December 23, 2010

Makan Boss

Tajuk adalah makan Boss.
Tapi sebenarnya gua tak makan Boss gua dan Boss gua pun takkan makan gua.
Ofis gua buat surprise makan2 sempena birthday Boss gua yg ke berapa pun gua tak tau.

Gua sebenarnya adalah agak tak suka dengan makanan yg sedap2 camni.
Sebab utama adalah bila gua dah start makan, gua akan makan makan dan makan lagi.
Lepas tu yg menanggung akibatnye adalah diri gua sendiri. 
Badan gua dah tak dapat nak menampung lemak tepu yg berlebihan dah!

Takde pe nak tulis. Hanya ada gambar makanan yg sedap2 je...
Enjoy the picture.

Siakap Stim
Tepung Goreng Udang sbb udang adalah cetoet saja saiznya...
Makanan yg boleh menjana lemak tepu kat badan gua.
Meja panjang
Kami
Birthday Boy!
Kami yang Bokkk!
Kami & birthday boy

Thursday, November 11, 2010

Terima Kasih Makcik Gopal!

Saya selalu makan kat sini.
Breakfast & lunch.
Sedap & murah adalah satu kombinasi yg perfect.

Kawan2 opis panggil Makcik Gopal sbb yg jual air kat situ namanya Pakcik Gopal.
Tapi, Pakcik Gopal dah meninggal 2 thn lepas.

Kombinasi nasik putih + kari ikan (ikan bahagian ekor @ mana2 bahagian, tak kesah) + sambal belacan = RM4.50
Kombinasi 2 nasik putih + kepala ikan jenahak (besar gileee) + sambal belacan + telur ikan + sayur = RM12.00
Murah gileee!

Orang dari Universiti tuuuttt & Universiti tettttt suka makan kat sini.

Terima kasih Makcik Gopal sbb dah almost 3 years awak feed saya...

Jom la makan kat sini, tapi korang belanja diri sendiri la ye! hehehe...
Saya malu2 ambik gambar kedai Makcik Gopal.
Antara lauk-pauk
Bahagian ekor ikan yg besar.
Both Makcik Gopal

Tuesday, November 9, 2010

'Setim Bot'

Haritu pergi makan stim bot.
Kononnye nak ubah selera.
Nak kurus, kena makan yg rebus2 dan bakar2 je...

Tapi....
Gua memang ada masalah dgn Chinese food.
Tekak & anak tekak gua tak berapa nak 'setim' dgn Stim Bot.
Orang kedai tu, serve nasik goreng cina sekali..
Haiiyyyyyaaaa, lu tadak nasik jenis lain kah?

Tapi...
Bila en. Hubby tanya "Sedap tak?"
Dia jawab sendiri "Sedap kan!"
Gua jawab tapi pelan "emmm, sedap!"
Hehehehe...
Muka gua yg tak berapa nak 'setim' tengok Stim Bot.
Gua yg tengah cuba bersungguh2 mencari di manakah keenakan stim bot tu...

Tuesday, November 2, 2010

Bunuh Diri Senyap Senyap

Dulu
Sekarang
Yg ni tak habis lagi...
Jangan makan ni...

Kandungan Plumbum (Pb) adalah melebihi yg dibenarkan oleh USFDA.

Bahaya!

Tapi, kalau nak bunuh diri secara perlahan, boleh lah!

I tak kisah...





 

Monday, November 1, 2010

Sedap

Kalau pekena 2 di bawah ni 

di waktu tengah hari yg panas macam hari ni

di waktu lapar suam2 kuku macam sekarang

Perghhhhh!!!!

Tadi saya dah pekena dah...

Burp! Alhamdulillah kenyang...

Cendol
Rojak Pasembur

Friday, October 29, 2010

Makan

Semalam muka saya gatal2.
Rase cam ada bulu2 kat muka.
Rasenye sbb makan budu & sambal belacan kot..
Fuhhhh...
memang kawww betul budu & sambal belacan tu.

Ohhhh, saya kena pantang mkn makanan Malaysia (cewwahh!)
Jadi, smlm en. hubby bawak pi makan Western kat restoran mana ntah
kat Keramat.

Saya makan spaghetti arabiata
En. Hubby makan Mix Grill.
Spaghetti arabiata adalah hampas ok!  (Pizza Hut is much better).
1 over 5.
Mix Grill adalah superb & restoran adalah sgt cantik.
Rasa cam ada kat Pekan Koboi Texas je...

Afif kata " abang & horse!"
Ada byk section for bottles kat restoran ni
En. Hubby (1 gambar je). Bila dia suruh saya snap gambar dia, saya tak layan! hehehe.. sian...
Mix Grill (as I said before: Superb!)
Spaghetti Arabiata & Ice Blended Chocolate (Botol susu is excluded from the meal!)
Mula2 saya was was. But it's a malt drink.
Motif gambar ni sbb nak tunjuk pintu koboi kat belakang tu.
Hey, Im the writer! I deserve 2 pictures in a row!
The board
Related Posts with Thumbnails