Pages

Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

Mengumpat

Mengumpat memang sedap best
Tapi haram!
Tapi benda haram memang sedap best kalau buat
sebab sentiasa ada bisikan syaitonnirrajim dok kata
"Mengumpat la, mengumpatla. Mengumpat itu best!"


Tapi macam mana dgn perangai manusia yg mengundang umpatan?
Macam mana kalau tak tahan sgt dgn perangai yg hodoh itu?
Macam mana kalau tak tahan sgt nak tengok tingkah laku, memek muka 
yg macam haram jadah 'best' itu? (Ni mesti akan kena edit ni nanti)


Adakah perlu menjadi baik seperti Dhia dalam drama petang2
atau jadi terrrlalu baik seperti Izzah dalam Ombak Rindu yg sememangnya tak kisah apa orang kata?


Satu perkataan yg akan diingat sampai bila-bila adalah
'Kita kerja sebab duit, sebab apa kau kerja? Sebab duit kan!
Duit duit duit!'


You are so wrong kawan...
Put your heart into your work,
Give full effort into your work,
Show some keikhlasan
Money will come later
Not just money, lots of money.


I really hope that you found this blog and read this.
Please change.
But it is damn hard to change others.
So, I guess I need to change myself first.
Upon changing, I'm not going to say anything to you...


Haihhhhh...



Monday, November 14, 2011

Tension II atau Tension Lagi atau Tension sungguh

Kalau En. Tukang Belanja baca ni mesti dia marah + bebel2.
"Awak ni, mana boleh tulis kat blog pasal kerja! Nnti orang College 'Tut' baca macam mana?"
Pot Pet Pot Pet! Bla! Bla! Bla! (Hehehehe... Sorry En. Tukang Belanja!)
Takpe, sekarang post dulu, nanti bila bebelan bermula maka akan save as draft post ni.


Sekarang, hari ni, saat ni,
GUA TENSION LAGI.
Tak habis2 tension kan gua ni.
Lantak la.
Tapi gua memang tension.



Sekarang gua mengajar paper
Biochemistry - Student ada 2 bahagian Kuching & Semenanjung.
Toxicology
Microbiology
Chemistry


Biochem - paper student gua tak mark lagi.  Assignment tak mark lagi.
Toxicology - lecture notes berlambak2 tak siap lagi.  Weekend ni ada kelas! Tidakkkk!
Microbiology - Gua tak request lab person utk setting lab experiment lagi.  Asyik lupa je.
Chemistry - Lecture notes berlambak2 tak siap.  Nasib baik Kakak Ketua always be there for me.  A shoulder to cry on for me.  Kakak Ketua tolong gua buat sikit.


Sekarang gua tengah tension dgn lecture note Toxicology.
Toxic! Toxic! Toxic!
Otak gua pun dah berasap dgn Toxic dah ni!
Serius berasap!



Saturday, October 22, 2011

Kerja, Sedih dan Kecik Hati

Hari ni hari Sabtu.
Kena kerja 1 hari suntuk
pagi petang
Sedih...
Tinggal laki anak


Tapi takpe la
demi anak bangsa
demi tugas pada negara
Takpe


Tapi
ada kecik tahi hati dgn student
sedikit sensistip hari ni
mungkin di hujung2 bulan macam ni kot...


Takpe la
saya maafkan awak...


Jom makan megi!
:)

Sedap jugak megi cap tomyam ni! Sedap sehingga menjilat jari.

Wednesday, October 12, 2011

Cerita Baru Lagi...

Hari ni patutnya Wordless Wednesday.
Tapi takpe la, nak cerita jugak.


Last week adalah week terpenat dalam donia.
Start Senin saya kena pi Penang 3 hari.
Senin - Kawan2 berjimba ria kat Penang, saya berjimba demam, tak boleh bangun.
Selasa - Baru boleh bangun dari katil
Rabu - Balik KL.


Khamis - cuti-basuh baju-manjakan laki anak-melepaskan rindu kat laki anak


Jumaat - Terbang ke Kuching lagi sampai hari Ahad
              Kerja-kerja-kerja sambil nangis!
              Uwaaaaaaaaaa!


Hari Senin, Selasa, Rabu saya takde rumah.
Hari Jumaat pagi pukul 4 pagi maid saya nampak ada orang suluh guna torchlet kat bilik dia.
Lepas tu dia dengar bunyi ketenggggggg!!!


Bagitau pada en. Husband.
En. Husband kata
"ohhh, bagusnya. Tu mesti RELA buat round kat belakang rumah!
Ohhh, positif sungguh la laki ku!
Bila check, siap ada tapak kasut, ada rumput rumpai bekas orang panjat gate belakang rumah!


Mesti Si Lahabau tu dah target rumah gua sebab gua takde kat rumah lama...


Sampai hari ni gua fobia okeh!
Tido malam gua siap mimpi2 dan selalu terbangun tengah malam!
Lahabau punya Lahabau!



Saturday, September 24, 2011

Kuching lagi...

Hi again Kuching.
We meet again.
This time is the ad hoc changes in the timetable.
We are supposed to be coming alone to Kuching as our boss-is-a-very-kind-boss
since he allowed us to bring our family for makan angin.
Tapi tak jadi bawak family and takut nak berada di Kuching sorang2,
the timetable has to be changed!
Me and kakak ketua again in Kuching!

Kuching as usual, quite not an interesting place to visit compare to Kota Kinabalu
since I am a very 'beachy' and island hoping person.

Masa di KL I am not in the very of mood of shopping in Kuching sebab raya kan baru lepas, so kedudukan kewangan adalah berada di paras kehidungan.

Tapi,
kakak ketua telah meng'induce' saya utk membeli belah jugak!
Tak tahan sungguh la tengok t-shirt kucing yg comel2.
Tu tak tengok fridge magnet lagi.
Banyak betul!

Tapi lagi,
kali ni saya tak borong dan tak rasa kek lapis dah!
was was + tak sanggup walaupun orang kata dah disamak
segenap kedai.

Now, Im staying in the office waiting for my next 2 hours
class dan lepas tu boleh chow balik KL.

Tapi lagi,
episode Kuching tidak berakhir di sini.
Ill be here again in 2 weeks time!
Till then,
see u again Kuching and please design the new t-shirt for me
so that I can shop when I get here!
Chowww!

Wednesday, June 29, 2011

Seth Tan ke Kolej Universiti

Proses mengintai di jalankan
Intaian dan jeritan2 ...
En. Azhar Sulaiman
Seth Tan a.k.a Malek dan saya
Tuan Director drama Stanza Cinta dan kami. Sila tonton Stanza Cinta ye... Untung2 ada muka saya terselit kat situ!(promote tak berbayar)
Saya dan En. Azhar Sulaiman

Tuesday, June 28, 2011

Student lagi!

Tadi ajar student pasal enzim.
Ajar pasal Enzyme's Trivial Name.
Enzim dinamakan dengan penambahan 'ase' di belakang setiap substrat.
Contoh :
sucrase
lactase
maltase
bla! bla! bla! yada! yada!
semua benda yg dibelakangnya ada 'ase' adalah enzim.


Tiba2, dengar suara dari kejauhan cakap


'SHIMASE !!!!'


huh!


Berani betul!



Thursday, June 2, 2011

Kuching, meowww!

Hari ni saya ada masa sikit, so boleh update gambar Kuching.
Business cum pleasure visit is the best where u dont need to pay for your air ticket and accommodation but u still can have the pleasure at the same time.
So, enjoy the-not-so-clear-and beautiful piccas folks!

Sg. Rajang from above. Ehhh, betul ke Sg. Rajang?
Check in at 360 Hotel
The one who excited about the toilet :P . Jgn marah naaa!
Perahu ke Seberang Sungai. 4 hari saya kat Kuching.  Setiap kali nak makan mesti kena pi Seberang Sungai.  Macam takde tempat lain... 
Pertandingan melihat sape yg paling berjaya kurus. Hahahahah!
Pakcik perahu
Excited naik perahu for the 1st time.  
Excited dgn perahu, gambar ni pun nak ambik!
Pasar Satok.  Ingatkan kat pasar ni ada jual souvenier.  Rupanya ada jual ikan je. Cessss!
The-must-take-picture place, Roundabout Kuching errr, betul ke namanya?
Dewan Undangan Negeri, Kuching.  Orang kata kat area situ ada rumah Taib Mahmud yg sgt besar.  Orang kata...
Sarawak River Cruise, Fare : RM65 Adult; RM30 Children. Boleh tgk sunset!
Gambir Sarawak & Pil Viagra. Ehhh, Viagra?
Nasik dalam buluh, tapi sebagai hiasan saja... Tak masak pun dlm buluh. Acah je...
Ini adalah lakonan semata dari tuan punya kedai Kononnya ayam dimasak dlm buluh, tapi penipuan telah berlaku di sini.   Tuan kedai kata malam tu adalah malam last kedai dibuka.  Dia nak tutup kedai sbb nak pindah balik Sabah. Tapi malam esoknya bila kitorang pi lagi, kedai tu still open! Penipuan utk mengaut keuntungan telah berlaku! BENCI!

Thursday, December 23, 2010

Makan Boss

Tajuk adalah makan Boss.
Tapi sebenarnya gua tak makan Boss gua dan Boss gua pun takkan makan gua.
Ofis gua buat surprise makan2 sempena birthday Boss gua yg ke berapa pun gua tak tau.

Gua sebenarnya adalah agak tak suka dengan makanan yg sedap2 camni.
Sebab utama adalah bila gua dah start makan, gua akan makan makan dan makan lagi.
Lepas tu yg menanggung akibatnye adalah diri gua sendiri. 
Badan gua dah tak dapat nak menampung lemak tepu yg berlebihan dah!

Takde pe nak tulis. Hanya ada gambar makanan yg sedap2 je...
Enjoy the picture.

Siakap Stim
Tepung Goreng Udang sbb udang adalah cetoet saja saiznya...
Makanan yg boleh menjana lemak tepu kat badan gua.
Meja panjang
Kami
Birthday Boy!
Kami yang Bokkk!
Kami & birthday boy

Thursday, November 25, 2010

Hari Tandas Sedunia

Ada Hari Tandas Sedunia rupanya. Serius tak tau.
Hari Tandas Sedunia dilancarkan oleh Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan.
Lepas pelancaran terus ada seminar.
Macam yg lepas2, seminar bersama kementerian adalah best!
Sebab ada banyak makanan! hahaha!


Masa seminar, sorang encik speaker cerita pengalaman dia handle kes Leptospirosis di Lubuk Yu, Maran Pahang (Lubuk Yu adalah kawasan air terjun).
Mula2 ada orang lemas di Lubuk Yu.
Lepas tu, 9 orang penyelamat meninggal dunia akibat daripada bakteria Leptospirosis.
Tapi, kesemua 9 orang yg meninggal mengalami mimpi yg sama pada malam sebelum diorang meninggal (ada wartawan interview keluarga si mati).
En. Speaker tak bgtau plak apa mimpi si mati sebab takut seminar Kesihatan Persekitaran akan bertukar kepada Seminar Mistik.
Adakah bakteria Leptospirosis itu boleh masuk dalam mimpi orang dan jadi bakteria Mistik? Bakteria baru kah?


Persembahan Koir lagu Bumi

Encik Flush Tandas
KL view from Legend Hotel

Wednesday, November 24, 2010

Focus and December

I need to focus,
sekarang dah December.
Mengikut target, draft wajib dihantar end of December.
Journals, research title, satu apah pun tak dak!
This is the real emptiness in life.
This is the real defocussing in life.
Work is going to be hectic starting December.
Degree programme is going to start soon, meaning classes on Saturday and Sunday.
Lecture note is still inside the book...
Damn, I cursed again.
Need to find time to go to the lab, library, MidValley, KLCC, Alpha Angle ehh, melalut plak!
hehehe... 
This is Doomed...

Tuesday, November 2, 2010

Sampah

Pagi tadi saya round keliling campus (nasib baik campus kecik, kalo besar, mesti saya kurus!)
Saya round sbb saya tengok sampah merata-rata keliling campus (saya bukan Guru Besar yg round kawasan sekolah).
Saya round, pastu snap snap gambar.
Pastu buat jelingan maut kat student2...
Saya tak tau apa sbb banyak sgt sampah..
Adakah sbb takde tong sampah / memang student2 kat sini tak paham bahasa & tak bertanggungjawab?
Serius, saya tak paham...

Sampah
Kalo korang nampak, yg kecik2 tu adalah kulit kacang tanah
Kotak kosong yg ditinggalkan camtu je...
Bekas makanan & plakstik coklat

Thursday, October 21, 2010

Pakcik oh Pakcik!

Ada sorang pakcik,
dia ada 2 org isteri...
Ok, fine!
Tapi, kenapa pakcik suka bangga diri?
Pakcik rasa pakcik bagus!
Pakcik selalu mendabik dada sebab pakcik ada 2 orang isteri.
Macam la pakcik sorang yg ada 2 isteri...
Pakcik cakap macam-macam..

Pakcik mengaku pakcik seorang yg adil..
Ok, fine!
Pakcik selalu cakap :
"Perempuan yg tak bagi suami kahwin lagi satu adalah perempuan yg tidak tau hukum"
Betul ke?
"Perempuan yg tak bagi suami kahwin lagi satu adalah perempuan yg tak nak payung emas"
Ye ke?
Pakcik selalu cerita macam2 cerita...
Cerita tu, cerita ni..
Baru saya tau, lelaki yg pandai banyak cakap macam pakcik memang rasa diri bagus!

Bila hujung minggu,
Pakcik selalu happy sangat
sebab pakcik dapat jumpa isteri muda...

Tapi...
Pakcik tak kasihan ke pada isteri tua?
Isteri yg selama ini bersusah payah dgn pakcik..
Jatuh bangun dengan pakcik...
Sanggup hidup dengan pakcik berpuluh-puluh tahun..
Isteri yg selama ni sanggup terima kekurangan pakcik walaupun pakcik memang totally & definitely tak hensem!
Pakcik tak rasa isteri tua mengalami penderaan mental?
Pakcik tak kesian ke pada anak-anak pakcik?
Ye,
diorang dah dewasa,
diorang dah ada family sendiri,
tapi, diorang terpaksa menerima emak baru yg umur lebih kurang dgn umur diorang...
Haihhhhhh...
Pakcik oh pakcik,
Saya harap suatu hari nanti pakcik akan rasa, betapa susahnya ada lebih dari seorang isteri...
Pakcik oh pakcik,
you are so annoying!

Thursday, October 7, 2010

Hari Habitat Sedunia

Korang pernah dgr Hari Habitat Sedunia tak? Click sini kalau nak tau.
Saya tak pernah.
Semalam saya pi seminar.
Seminar Keselamatan Makanan sempena Hari Habitat Sedonia.
Seminar ni dianjurkan oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan.
(Faham tak kaitan kementerian di atas dgn Hari Habitat Sedonia? Sila buat round table discussion kalau tak paham).

Saya paling suka kalau join seminar yg dianjurkan oleh kementerian.
Sbb ape?
Sbb ada byk food that we can't resist!
Best bangat!
Kalau masa belajar dulu, musim seminar adalah yg ditunggu2.
Tunggu nak ngap! (sila bayangkan saya nganga mulut luas2 in attempt to makan Big Mac 3 lapis)

Hari Habitat Sedonia
Handout
Aktiviti mengumpul pensel bermula.

Friday, October 1, 2010

We found TOYOL!

This is what we called TOYOL!
We found it during invigilating..
We rase nak lempang budak tu, but no, we have to be pro.
No lempang2.
Tapi serius rase nak lempang!
PANGGGGGGGGGG sekali kat pipi kanan, 
PANGGGGGGGGGG sekali kat pipi kiri...
Dah, sila tgk macam mana rupa TOYOL yg sebenar...

TOYOL! Lengkap bersama tulisan kecik2 yg ditulis di atas kertas kecik!
Rupa bentul TOYOL selepas dilekatkan pada borang "Mari membawa TOYOL ke dalam Dewan Exam"

Thursday, September 30, 2010

BZzzzzzzzz

Hari ni saya bz...
Saya tak bleh upload gambar...
Saya tak bleh tulis cerita baru (ada cerita baru!).
Saya kena buat keje dgn ikhlas hari ni,
tak bleh tulis blog panjang2,
tak bleh main Facebook lama2..
sbb. kejap lagi Boss nak tengok keje saya!!!
TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!

Tuesday, September 28, 2010

Sekarang baru saya tau...

Sekarang baru saya tau, dulu saya pernah buat... Saya ingat diorang tak nampak, tapi sebenarnye diorang nampak & diorang buat tak tau je...
Dulu2 masa belajar, kalau terserempak dgn lecturer, saya akan buat2 tgk atas, kira burung terbang, kira bintang, tgk bawah, buat2 cari barang jatuh, ataupun yg paling best, saya pusing ke tempat lain...
Pernah, saya & boifren suami naik moto jalan same2 (hehehe, malu2 nak mengaku).  Tib2 muncul Prof. NN.  Alamak! terus kitorang lari...
Saya selalu buat mcm ni especially kalau saya terserempak dgn Prof. NN. Sorry Prof NN. Didn't mean to lari from u, Im just trying to adapt with my adolescent world! (hahahaha, alasan).
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tadi, saya terserempak dgn 2 org budak.  Dari jauh, bila diorang nmpak saya diorang stop.  Yg sorang buat2 cari barang, yg sorang lagi berdiri tak tau nak buat apa.  Lepas tu terus diorang kona cari jalan lain.
Hmmmm, why ah? Mesti dorang ingat saya tak realize, but WE DO REALIZE DEAR FELLOW STUDENTS...
Takpelah, what u give u get back kan! What goes around comes around! Ni adalah what I got after what I gave to Prof NN...
Anyway, Thanx for everything Prof. NN & Assoc. Prof. MRS!





Notakaki: Entry hari ni takde gambar... Tak sempat nak ambik gambar budak 2 org yg lari tadi... :P

Monday, September 27, 2010

Exam + Toyol

Hari ni saya jaga exam.
Aduihhhhhh! penatnye jaga exam!
Ada org tanya, "Kenapa penat jaga exam? Jaga exam la seronok!"
Jaga exam ibarat berjalan kaki berpuluh2 kilometer...
Memang kena berjalan berpuluh2 kilometer, kena round, kena tgk satu2 muka budak.
Sebab ape? Sebab, nanti budak2 bawak TOYOL!
Bukan hantu toyol yg curi duit, tapi toyol nota kecik2 supaya diorang boleh tiru..
Saya pernah tangkap budak bawak toyol.  Geramnye saya... rasa nak cekik2 budak tu, 
tapi saya jadi professional, saya tegur baik2, saya suruh budak tu bagi toyol & suruh budak tu sign borang... ambik ko!

Haihhhhhh, budak2 zaman sekarg...



Bukan toyol ni...
Mari menjawab exam!
Mari  menjawab exam!

Related Posts with Thumbnails