Pages

Monday, January 24, 2011

Jiran

Tujuan entry ni adalah utk mengingat nama jiran2 yg ada kat depan & sebelah rumah.
Entry ni akan diupdate dari masa ke semasa bila dah kenal dgn jiran2 tersebut.


Kakak Rumah Hijau : Zarina


Kakak Alphard Putih : Dia dah bagitau nama, tapi lupa! (Sebab tu la kena buat entry nih)


Uncle & Auntie sebelah rumah : Uncle Leong & tak tau Auntie apa.


India depan rumah : Mr. Money (tau nama dia sebab dia ada kedai makan, Money Corner)


India selang sebuah sebelah rumah : tak tau nama, tak berkesempatan nak cakap...


Orang Honda Odyssey : Tak tau nama, depa tak keluar rumah.


Sebelah rumah Honda Odyssey : Isteri nama Mimi, laki tak tau nama.


Cina yg tak pernah tengok muka : Bini nama Cathy (tak sure), Laki tak tau!


Cikgu atas bukit : Tak ingat nama, depa dah bagitau, tapi macam biasa, LUPA!


Haritu sembang2 dengan Kakak Alphard.  Dia & family dok teka2 bilangan anak saya, sebab
depa nampak anak saya ada 2 orang! Bukan depa nampak hantu, tapi depa nampak anak sedara saya yg datang betapa main kat rumah saya masa cuti sekolah haritu.


Semalam sembang2 dengan Kakak rumah hijau (Zarina), dia kata dia tak tau pun kitorang dah pindah duduk situ! 
Aiyyyaaaa! Dah 5 bulan saya pindah la kakak!
Sungguhla saya tak berkawan dengan orang...

2 comments:

Dr Singa said...

apa agaknya dia orang 'panggil' ko yek!!

Shima Abd Rashid said...

agaknye diorang panggil :

Kakak yg rumah dia selalu gelap waktu malam tu...!
hehehehe...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails