Pages

Friday, May 4, 2012

Kisah saya, Afif, ayah & P1

Lately, Afif ada satu hobi/minat/interest baru.
Bukan lately, dah lama sebenarnya, tapi mak ayah dia baru nak take action.


Afif suka sangat dgn trial bike.
Trial bike ni motor lompat2 naik atas batu la, mount climbing la, jalan with 1 tyre kat atas railway la.
Trial bike ni bleh buat semua.
Mak Afif pun baru tau je pasal trial bike nih.


Jadi, untuk melampiaskan (ganaskan bahasa ku!) minat Afif,
mak ayah Afif bukak video trial bike kat Youtube.
Tapi malangnya,
internet kat rumah kitorang speed download just 400 kbps jerrr.
Speed upload tak payah bgtau la, memang slow macam siput babi
Masa subscribe dulu kitorang dok cakap2
"Alaa, kita bukannya jenis yg minat sgt dgn twitter, facebook nih, tak payah ambik yg laju sgt. Jimat pun jimat!"


Bukak Youtube adalah 'slow mo' la sesangat.
Dan asyik kena dengar Afif jerit2 kat depan muka "TUNGGU! TUNGGU!" 
tunggu internet download video.


Jadi, haritu kitorang nak upgrade speed P1 kepada yg lebih laju.
Call 1st center:
"Oh, puan boleh upgrade speed P1 walaupun belum habis contract, boleh sambung je contract lama. Puan kena bayar bla bla bla bla dan akan upgrade in 24 hours!"
Ok, kami pun happy sebab dah tak payah dengar Afif jerit "Ibu, TUNGGU!" "Ayah, TUNGGU!"
Esoknya, saya bersemangat balik keje nak try internet dgn speed laju dan mengancam itu.
Afif pun dah bersedia dgn trial bike dia.


Tapi, speed haram tak upgrade lagi.
Call center balik
cakap2, bagi no akaun, bla bla bla bla lama gila (Rasanya bil telefon jadi mahal just sbb call P1 je)
lepas tu diorang boleh cakap
"Puan, mintak maaf sgt2, sistem kami tak benarkan upgrade speed selagi tak habis contract."
"Contract Puan akan habis 30 August 2012"
"Mintak maaf sgt2 utk wrong information semalam"


Dalam hati saya "Oh, sungguh WTF 'bagus' la kamu!!!" 
Dalam hati je la...


Maka dgn ini dimaklumkan bahawa mak dan ayah Afif terpaksa lagi dengar jeritan
"Ibu, TUNGGU!" "Ayah, TUNGGU" sampai bulan 8...


Sekian harap maklum...


Trial Bike, punca kejadian.  Image credited to Google.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails